AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

HIMPUNAN RAKYAT ! Bicarakan DSAI di Mahkamah Syariah..

Posted by amkpermatangpauh on December 11, 2009

Pulau Pinang, 11 Dec. Kira-kira 30 anggota PKR dari AMK Pulau Pinang mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.

Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan ‘satu lagi plot’ kerajaan terhadapnya.

Shamsul membidas menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.

Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut – ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat – adalah menghina Mahkamah Syariah.

Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

Berita : Malaysiakini
Gambar : AMK Permatang Pauh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: