AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for the ‘Program AMK’ Category

Jadual program AMK Permatang Pauh

Pentas AMK di Permatang Pauh.

Posted by amkpermatangpauh on December 14, 2009

PENTAS Angkatan Muda KEADILAN
KONSPIRASI KEDUA TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM

Tarikh :
16 December 2009

Tempat :
Pejabat KEADILAN Sama Gagah, Taman Cermai, Permatang Pauh.

Penceramah:
Saudara Samsul Iskandar Ketua AMK, Saudara Faris Musa Timbalan Ketua AMK,
YB Low Choo Kiang dan Amir Saari.

SELURUH LAPISAN MASYARAKAT DIJEMPUT HADIR!!

Posted in Program AMK | 2 Comments »

Sayap pemuda PKR mulakan siri 40 ceramah ‘bela’ Anwar

Posted by amkpermatangpauh on December 14, 2009

PETALING JAYA, Dis 14 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi sayap pemudanya telah memulakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara, dipercayai bagi menjelaskan kepada umum mengenai senario politik parti itu khususnya membabitkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Siri ceramah ini sudah bermula kelmarin iaitu di Alor Setar, diadakan semalam (di Kuching), hari ini dan selama 40 hari,” kata Pengarah Strategi PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Tujuan siri ceramah ini adalah untuk menjelaskan kepada ahli-ahli parti dan orang ramai tentang isu-isu semasa,” kata beliau.

Jelas beliau ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap pemuda PKR.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Program AMK | Leave a Comment »

HIMPUNAN RAKYAT ! Bicarakan DSAI di Mahkamah Syariah..

Posted by amkpermatangpauh on December 11, 2009

Pulau Pinang, 11 Dec. Kira-kira 30 anggota PKR dari AMK Pulau Pinang mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.

Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Program AMK | Leave a Comment »

TAHNIAH kepada Saudara Amir !

Posted by amkpermatangpauh on December 8, 2009

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Walaupun bolehlah dikatakan agak terlewat namum ianya belum terlambat untuk menyampaikan apa yang tersirat.

Bagi pihak Angkatan Muda KEADILAN Cabang Permatang Pauh, saya Afzal Khan Bin Ahmad selaku Timbalan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh ingin merakamkan sekalung TAHNIAH buat ketua kami iaitu Saudara Amir Bin Haji Ghazali diatas perlantikan beliau secara rasmi sebagai Ketua AMK Negeri Pulau Pinang.

Yang tersenyum tu.. Amir la tu.

Read the rest of this entry »

Posted in Program AMK | Leave a Comment »

Penjenamaan semula AMK Pulau Pinang

Posted by amkpermatangpauh on December 8, 2009

LOGO KORPORAT

1. PERKATAAN AMK.
Melambangkan semangat perjuangan penggerak AMK dalam membela generasi muda.

2. WARNA LOGO.
Biru muda melambangkan keikhlasan perjuangan AMKPP, Merah pula melambangkan semarak perjuanagan anak muda dan Emas pula adalah lambang visi kecemerlangan khidmat AMKPP kepada Rakyat dan Generasi Muda.

3. BULAN SABIT.
Diambil dari tema logo KEADILAN. Ada 5 kesemuanya, melambangkan 5 teras pencapaian yang disasarkan oleh AMKPP.

Bulan Sabit berwarna Biru Muda.
Melambangkan perjuangan AMKPP di bumi Pulau Pinang.

3 Bulan Sabit berwarna Merah.
Melambangkan semangat arus perjuangan anak muda dalam membela rakyat dan warna pelangi pula adalah warna keceriaan anak muda.

Bulan Sabit Berwarna Emas.
Melambangkan cita-cita kecemerlangan dan juga sinar harapan baru buat Rakyat Pulau Pinang.

Posted in Program AMK | Leave a Comment »

Jejak Fakir sempena Deepavali (delayed post)

Posted by amkpermatangpauh on October 20, 2009

PA111428

Dengan peruntukkan yang agak terhad, program jejak Fakir Deepavali ini telah dijalankan oleh Angkatan Muda KeAdilan Permatang Pauh pada 11 October 2009 dengan jayanya, Sumbangan telah diagihkan kepada 10 orang penduduk yang berugama Hindu yang layak di kawasan DUN Seberang Jaya yang telah dikenal pasti oleh Saudara Gobind seminggu sebelum program dijalankan.

Read the rest of this entry »

Posted in Program AMK | Leave a Comment »

AMK Permatang Pauh di Beijing?

Posted by amkpermatangpauh on September 17, 2009

DSC01337

Read the rest of this entry »

Posted in Program AMK | Leave a Comment »

Jejak Fakir part 3

Posted by amkpermatangpauh on September 17, 2009

17

Pengagihan sumbangan diteruskan di Sama Gagah, kali ini keseluruhan penerima terdiri dari orang-orang kurang upaya dan juga warga emas yang bukan berugama Islam. Walaupun mereka tidak menyambut Hari Raya bagi kami tiada salahnya jika mereka turut merasai tempias Hari Raya yang akan datang ini kerana mereka juga warganegara Malaysia seperti kita..

Mereka juga telah bersama-sama dengan kita dalam mewujudkan Malaysia yang harmoni tanpa ada permusuhan sesama kaum….

Read the rest of this entry »

Posted in Program AMK | Leave a Comment »