AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for February, 2009

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Posted by amkpermatangpauh on February 20, 2009

19 Feb 2009

PENCABULAN HAK INDIVIDU; AMK SOKONG ADUN BUKIT LANJAN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN keADILan Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong berikutan kontroversi yang melibatkan diri beliau.

Berkenaan dengan isu yang melibatkan Elizabeth ini, beliau tidak perlu meletak jawatan atas beberapa faktor. Pertamanya beliau bukan memperlakukan adegan lucah sebaliknya gambar beliau diambil secara curi dan tanpa kesedaran beliau.

Keduanya, kehidupan peribadi beliau adalah satu perkara yang perlu dihormati dan sebarang usaha pencabulan hak individu beliau adalah sesuatu yang tidak bermoral.

AMK memandang serius akan perbandingan yang cuba dibuat oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama 17 Januari 2009 dengan mengaitkan kes Vijandran, Chua Soi Lek, V.K. Lingam dan sebagainya dengan kontroversi yang melibatkan Elizabeth ini.

Ianya benar-benar berniat jahat kerana kes-kes tersebut semuanya melibatkan perlakuan moral individu tersebut yang jelas salah di sisi agama dan juga tatasusila masyarakat.

Demikian juga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang BN Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang cuba memesongkan fakta yang berlaku ke atas bekas Menteri Kesihatan dengan Y.B Elizabeth. Beliau perlu maklum bahawa apa yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan adalah sesuatu yang berbeza memandangkan pendedahan melibatkan bekas Menteri terbabit adalah merupakan skandal seks. Sedangkan apa yang berlaku ke atas Elizabeth adalah merupakan satu penganiayaan yang dilakukan ke atas beliau tanpa beliau sedar.

Tindakan Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan adalah tindakan terpuji kerana meletakkan parti di depan melebihi hal peribadi. Tetapi AMK percaya bahawa tidak ada keperluan bagi Elizabeth untuk mengundurkan diri kerana beliau tidak bersalah atas soal isu ini melibatkan peribadi beliau.

Sokongan rakyat jelas terbukti di Bukit Lanjan dan seluruh Malaysia terhadap Elizabeth, malah kebanyakan organisasi NGO dan sayap wanita parti-parti politik termasuklah di kalangan parti komponen BN seperti MCA sendiri.

AMK berpendapat bahawa Elizabeth perlu meneruskan tugas beliau seperti biasa dan terus berkhidmat kerana rakyat memerlukan beliau dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 11 bulan beliau menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hj Ramlan Roes
Exco
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Merangkap Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan

Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com

Posted in Berita Terkini.... | Leave a Comment »

Program Dialog bersama Penduduk – Progam Anjuran JKKK & AMK Permatang Pauh

Posted by amkpermatangpauh on February 20, 2009

Pada 22.02.2009  9pg-12tgh

 

Di Surau Simpang 4 Matang Batu (Progam Anjuran JKKK & AMK Permatang Pauh).

Penduduk kampung boleh berdialog dengan Ahli Majlis MPSP (En. Johari Kassim & En.Che Mat

Hashim) serta Pihak Polis mengenai masalah yang dihadapi dan tindakan yang boleh diambil.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Program Kebersihan – Program AMK dan MPSP

Posted by amkpermatangpauh on February 20, 2009

Pada 28.02.09  9pg-12tgh, di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya, 

Membersih saliran parit di sekitar kawasan tersebut dari pembawa wabak oleh tikus, lipas dan sebagainya

(turut hadir:Jabatan Veterinar dan Bomba)

Posted in Aktiviti | Leave a Comment »

Program Kesedaran Gaza Konvoi – Anjuran AMK Permatang Pauh

Posted by amkpermatangpauh on February 20, 2009

Pada 1.3.09 jam 10.30 pagi, di Masjid Haji Saad Tanah Liat, Program Kesedaran Gaza Konvoi dari Tanah Liat ke 

Batu Ferringhi bagi AMK dan penyertaan di Pulau Pinang sila ke Tempat Menunggu di Caltex sebelahan Tesco, 

Gelugor jam 10.30 pagi (Anjuran AMK Permatang Pauh) menaiki motor seramai 50 org, segala maklumat dan 

penyertaan bolehlah menghubungi Saudara Syukri di 012-5697915 @ email kepada amkpermatangpauh@gmail.com 

(pemberian: minyak, tol, baju & makanan/ minuman akan dimaklumkan kelak) 

Posted in Aktiviti | Leave a Comment »

Malaysiakini…..

Posted by amkpermatangpauh on February 19, 2009

Zambry akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang
Feb 19, 09 7:24am
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.

Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu, lapor Bernama.

“Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan

Menteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan Enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Nafi gagal beri penjelasan

“Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker,” katanya.

Sivakumar dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (PAS-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan DUN Perak itu sebagai kelakar dan mempersenda dewan berkenaan.

Nazri: Episod komidi

Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu “komedi” kerana keputusan oleh Sivakumar itu “amat tidak masuk akal”.

“Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu.

“Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod,” kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen.

“Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi,” kata Nazri.

Manakala Bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata tindakan speaker DUN menggantung serta-merta dan melarang Dr Zambry serta enam exco daripada menghadiri sesi dewan, tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh kawatankuasa hak dan kebebasan itu, yang merupakan sebahagian daripada proses dewan, perlu mendapat persetujuan anggota dewan.

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu,” katanya.

‘Mesti ikut peraturan’

Beliau berkata jika anggota dewan menerima syor tersebut, “barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan” yang disokong oleh anggota dewan.

Abdullah berkata persidangan Dewan Rakyat pernah mengambil tindakan menggantung keanggotaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebagai anggota dewan, dan tindakan itu diambil mengikut aturan mesyuarat dewan.

Pada 11 Disember 2001, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan usul supaya Fong digantung keanggotaannya selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menghina Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail.

Keputusan untuk menggantung Fong dibuat melalui pengundian oleh anggota Dewan Rakyat yang hadir, di mana 83 anggota menyokong dan 28 lagi membantah, dan tidak dibuat di luar persidangan dewan tanpa mendapat persetujuan anggota dewan, katanya.

Bagi peguam kanan Ipoh, yang tidak mahu dikenali, berkata tindakan Sivakumar itu “jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan).”

Katanya mengikut Peraturan 71 (2) iaitu apabila dewan tidak bersidang, seorang anggota boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan dewan.

Speaker jika berpuas hati, boleh menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan jawatankuasa itu hendaklah melaporkan kepada dewan berkenaan dengannya, katanya.

Dr Aziz: Speaker ada kuasa

Beliau juga berkata tindakan Sivakumar itu juga “bercanggah dengan prinsip keadilan nasional” kerana ketujuh-tujuh Adun itu ialah wakil rakyat yang dipilih, justeru dengan keputusan yang dibuat itu akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Lebih serius lagi, Dr Zambry dan enam Exco itu telah dilantik oleh Sultan Perak dan ia melanggar Perkara 12 Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai pelantikan Menteri Besar dan Perkara 16 mengenai pelantikan Exco,” katanya.

Ia juga menghalang ketujuh-tujuh mereka yang telah dilantik secara sah oleh Sultan Perak daripada menjalankan tugas mereka dalam menguruskan dan membangunkan negeri.

Lagipun “adakah ketujuh-tujuh mereka dikeluarkan saman yang memperincikan kesalahan mereka dan dibenarkan untuk mempertahankan diri mereka?” tegasnya.

Sementara itu, pensyarah undang-undang Prof Dr Aziz Bari pula berkata Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Speaker ialah ketua Dewan…pada asasnya,” katanya.

Katanya sebelum ini terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat.

“Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/98609

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Terkini…..

Posted by amkpermatangpauh on February 19, 2009

Laporan polis, SPRM terhadap Speaker Muda Mohd Noor | Feb 19, 09 12:35pm Beberapa NGO di Perak akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar berhubung keputusannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam exconya daripada menghadiri sidang DUN. Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, laporan polis akan dibuat terhadap Sivakumar mengikut Akta Hasutan. Manakala laporan kepada SPRM dibuat atas dakwaan Sivakumar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker DUN Perak. “Kita telah minta peguam Umno dan peguam kerajaan negeri untuk mengkajinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis dan SPRM,” katanya dihubungi hari ini. Beliau (foto) adalah salah seorang daripada enam exco yang digantung dan dilarang oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN. Dr Zambry dan enam exconya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu. Ini ekoran aduan oleh Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi. Selain Zainol, lima lagi anggota exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang). ‘Keputusan tidak wajar’ Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. “Kita juga akan mencabar keputusan speaker itu kerana tindakan itu adalah tidak wajar. Dia bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu,” katanya. Zainol berkata, keputusan melantik menteri besar dan anggota exco adalah keputusan Sultan Perak. “Ini bermakna Sivakumar telah menderhaka kepada Sultan Perak dan beliau tidak memperakui titah Sultan,” katanya. Zainol berkata, Sivakumar telah memanggil menteri besar dan enam exco kerajaan negeri semalam. “Menteri besar dan exco membuat bantahan kepada Speakaer terhadap tuduhan tersebut kerana sepatutnya beliau baca (tuduhan itu) dalam sidang dewan, tetapi mengapa beliau membuat keputusan sendiri. “Selepas Dr Zambry dan anggota exco membantah tuduhan tersebut kepada Speaker, kami semua keluar dari bilik Sivakumar,” katanya.

Dari Malaysia kini Feb 19, 09 12:35pm

Posted in Berita Terkini.... | Leave a Comment »

Dalam Kenangan Kami

Posted by amkpermatangpauh on February 15, 2009

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008

Kita MENANG!!!!!!!

Orang-orang kuat Selangor

Orang-orang kuat Selangor

Semangat Kemenangan!!!!!

Posted in Politik | Tagged: | Leave a Comment »

Ceria….Beraktiviti…..Mesra

Posted by amkpermatangpauh on February 15, 2009

Aktiviti Biro Penerangan AMK Permatang Pauh:

01/03/09 Ahad jam 10 pagi bertempat di hadapan Masjid Haji Saad di Tanah Liat.

Konvoi kesedaran GAZA dari Tanah Liat ke Batu Feringghi

Penyertaan terhad kepada 50 orang

Untuk maklumat dan pendaftaran boleh berhubung dengan Mohd Shukri- Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh di amkpermatangpauh@gmail.com

Posted in Aktiviti, Program AMK | Leave a Comment »