AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for April, 2009

Pecahan pengundi DUN Penanti (N12)

Posted by amkpermatangpauh on April 30, 2009

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Ceramah Pentas Anak Muda

Posted by amkpermatangpauh on April 30, 2009

02/05/2009, 0900 PM, Yayasan Aman
Ceramah Pentas Anak Muda
Penceramah : syamsul iskandar ( ketua amk pusat )
Fariz musa ( timb. Ketua amk pusat )
Amiruddin shaari ( exco amk pusat )

Anjuran : AMK Permatang Pauh

p/s : kehadiran anda amat dialu -alukan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Ceramah umum ( rasukan ablansatuya )

Posted by amkpermatangpauh on April 30, 2009

30/04/2009, 08.30 PM, Markas PKR
Mengkuang Semarak, Penanti
Ceramah umum ( rasukan ablansatuya )
Penceramah: Sdr Badrulhisham saharin@Chegu Bad
En Jordan kew wuwah ( amk batu kawan )
Sdr razak Abdullah ( aktivis ngo )

Anjuran AMK Permatang Pauh

p/s: anda di jemput beramai – ramai bagi memeriahkan majlis.

Posted in Aktiviti, Program AMK | Leave a Comment »

Perjuangan yang belum selesai

Posted by amkpermatangpauh on April 29, 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bekas TKM I – hadir

AMK Permatang Pauh sentiasa mendokong perjuangan bekas TKM I. Pihak AMK Permatang Pauh juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ADUN Penanti. Bak kata beliau ” Penanti tetap dekat di hati “.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Dr Mansor calon PKR di Penanti

Posted by amkpermatangpauh on April 29, 2009

permatang pauh 28/04/2009 – Dr Mansor telah secara sah diumumkan sebagai calon PKR bagi mempertahankan DUN Penanti. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman,Penanti.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

UMNO yang masih berteka-teki…..

Posted by amkpermatangpauh on April 29, 2009

“Ya, esok Biro Politik akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada BN (Barisan Nasional) yang diwakili Umno akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Penanti,” katanya.

sampai bila nak berteka – teki ????. selalunya pantang ada PRK mesti UMNO diantara parti yang mula-mula menyatakan kesediaan. Ini terbalik pulak.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Kebetulan Atau Perancangan?????

Posted by amkpermatangpauh on April 27, 2009

Seperti yang telah diketahui umum 23/05/09 adalah hari penamaan calon bagi DUN N12 Penanti. Secara lazim nya Maktab Perguruan Tunku Bainun akan menjadi gelanggang bagi parti – parti yang bertanding memperkenalkan calon masing – masing.

Maka pastinya pendokong parti yang bertanding dari seluruh negara akan berkumpul disana. Akan tetapi terdapat perkhabaran pelik . Khabarnya salah sebuah sekolah berdekatan tempat penamaan calon tersebut akan mengadakan suatu program yang akan turut dihadiri oleh lebih 5000 orang pada hari yang sama.

Program ini pula telah dirancang secara tergesa-gesa iaitu beberapa hari sebelum pihak SPR mengumumkan tarikh penamaan calon bagi DUN Penanti. Dan tetamu kehormat yang bakal menghadiri program adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM Malaysia.

Erm mari sama-sama kita fikirkan. Apakah ini suatu kebetulan atau BN sememangnya ketandusan penyokong sehingga terpaksa menggunakan khidmat pelajar sekolah bagi menyokong mereka?.

p/s: macam tau-tau ajer penamaan calon 23/05/09

Posted in Berita Terkini...., Uncategorized | Leave a Comment »

Siapa Lawannya????

Posted by amkpermatangpauh on April 27, 2009

Berikutan pengumuman oleh spr bahawa hari mengundi DUN Penanti 31 Mei.

Maka tertanya-tanyalah seluruh warga Malaysia akan siapakah calon yang bakal diletakkan oleh bn bagi meneruskan perjuangan mereka yang masih bersisa.

Khabar-khabar angin menyatakan terdapat 2 nama di dalam senarai pendek untuk dicalonkan dalam PRK DUN Penanti. Benar atau tidak perkhabaran tersebut hanya mereka yang mengetahuinya.

Anak tempatan khabarnya menjadi pertaruhan. Seorang peguam dan sememangnya anak jati Mengkuang Titi.

Adakah bn telah mengakui sememangnya Dato’ Jalil tidak akan mampu memenangi hati pengundi DUN Penanti setelah menerima tamparan hebat Tsunami Mac 2008. Maka dengan itu seorang anak muda berusia 38 tahun bakal menjadi taruhan.

Biar siapa pun yang bakal menjadi lawannya. Ketahuilah oleh mereka kami AMK Permatang Pauh sememangnya akan berpencak dan tidak akan sesekali berundur bagi mempertahankan DUN Penanti.

” Lawan Tetap Lawan ”

Posted in Berita Terkini.... | Leave a Comment »