AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for September, 2009

Kontroversi KM digilir di P.Pinang

Posted by amkpermatangpauh on September 30, 2009

20090623_Yusmadi_Yusoff_01Berita yang bertajukkan “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir mengikut formula baru” dengan tajuk sampingan “Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri”, menimbulkan kontradiksi antara parti komponen PR, khususnya DAP dan PKR, hari ini.

Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan untuk menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis. Ng Wei Aik mengambil Sabah sebagai contoh untuk membuktikan bahawa sistem KM bergilir gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Yusmadi: Tidak sebut “giliran”

Bagaimanapun, ahli parlimen Balik Pulau ini memberi penjelasan melalui kenyataan media selepas itu. Yusmadi ketika ditemuramah MerdekaReview menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

Posted by amkpermatangpauh on September 30, 2009

calon bpinangTELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N31 Bagan Pinang | Leave a Comment »

Umno: Dulu, kini dan selamanya – korup!

Posted by amkpermatangpauh on September 29, 2009

20090929202658_isa Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan “nasihat” sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Read the rest of this entry »

Posted in PRK N31 Bagan Pinang | Leave a Comment »

Penubuhan Makkal Sakthi, kaum India diingatkan jangan terpedaya

Posted by amkpermatangpauh on September 29, 2009

PULAU PINANG, 29 Sept: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa mengingatkan, ahli Kelab Penyokong PAS terutamanya mayarakat India jangan terpedaya dengan cubaan Barisan Nasional (BN) mengelirukan mereka dengan penampilan parti baru ‘Makkal Sakthi’ tajaan bekas penyelaras Hindraf yang kecewa tidak diberikan peluang untuk bertanding pada pilihan raya.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Calon Umno: Antara akar umbi atau kehendak Mahathir

Posted by amkpermatangpauh on September 29, 2009

TELOK KEMANG, 28 Sept. Walaupun hampir seluruh ahli Umno Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa Samad sebagai calon, Umno nampaknya tidak mahu kesilapan memilih calon menyusahkan mereka sebagaimana di Permatang Pasir.

Katakutan berulang tragedi Permatang Pasir dan ketakutan Umno kepada bekas pemimpin mereka menyebabkan hasrat akar umbi mereka bakal terkubur.

Sokongan terhadap Isa tidak berbelah bahagi dari semua cawangan Umno Teluk Kemang, sejak kerusi N31 diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N39 | Leave a Comment »

Pakatan akan perjuang gaji minima RM900 untuk pekerja estet

Posted by amkpermatangpauh on September 29, 2009

TELOK KEMANG, 28 Sept: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N31 Bagan Pinang | Leave a Comment »

Calon bersih tidak mampu bendung masalah rasuah dalam BN

Posted by amkpermatangpauh on September 28, 2009

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Tidak ada gunanya jika calon Barisan Nasional di Bagan Pinang bebas politik wang tetapi kepimpinan negara masih tidak bersih dari gejala rasuah dan salah guna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Tan Sri Mohd Isa Samad tidak dicalonkan di Bagan Pinang hanya sia-sia memandangkan kepimpinan Umno sekarang ini sudah terlalu parah dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa di samping perpecahan dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N31 Bagan Pinang | Leave a Comment »

Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang

Posted by amkpermatangpauh on September 28, 2009

ELOK KEMANG, 27 Sept: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan gendang perang pilihan raya lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam, 26 September.

Ketiga-tiga ketua sayap pemuda parti komponen PR hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu pemuda parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N31 Bagan Pinang | Leave a Comment »