Pengerusi Majlis merangkap Ketua Penerangan AMK Cabang Permatang Pauh, Mohd Shukri PJK, memulakan sessi pembentangan usul selepas majlis minum petang selesai.
Archive for the ‘Gambar’ Category
Konvensyen 2009, Part 2
Posted by amkpermatangpauh on July 22, 2009
Posted in Gambar, Program AMK | Leave a Comment »
Konvensyen 2009, Part 1
Posted by amkpermatangpauh on July 21, 2009
Dengan bertemakan ” Memperkasakan Ranting Berdahan, Menyemai Benih Harapan” Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, telah melangsungkan Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan pada 19 Julai 2009, bertempat di Dewan Yayasan Aman, Penanti.
Posted in Gambar, Program AMK | 2 Comments »
N12 : Imbasan UKP on duty..
Posted by amkpermatangpauh on June 11, 2009
Unit Keselamatan Parlimen atau lebih dikenali sebagai UKP Bahagian Permatang Pauh telah ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi di bawah Biro Latihan & Keselamatan dan merupakan salah satu sayap dalam AMK Bahagian Permatang Pauh.
Menurut Pegawai Pemerintah unit ini saudara Mazlan (gambar) semasa awal penubuhannya hanya terdapat seramai 14 orang ahli berdaftar. Akan tetapi setelah 2 tahun bergerak, pada hari ini UKP telah mempunyai hampir seramai 300 orang ahli yang berdaftar.
Antara tugas utama UKP adalah mengiringi pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Permatang Pauh dan amnya di Negeri Pulau Pinang.Pada asasnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial seperti membantu golongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran dan juga kematian.
Posted in Gambar, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »
Sekitar Ceramah Perdana pada 27 May 2009
Posted by amkpermatangpauh on May 28, 2009
CERAMAH PERDANA
27 MAY 2009 DI KAMPUNG GUAR JERING
YB Azmin Ali sedang berucap
Khemah VIP yang agak lengang pada permulaannya
Tiba-tiba menjadi penuh bila DS Anwar Ibrahim tiba.
Kehadiran TG Nik Aziz telah menyesakkan lagi suasana dibawah khemah.
Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim
MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut serta.
Para hadirin yang memenuhi padang
TG Nik Aziz dipapah menaiki pentas
Keriuhan bertukar hening seketika dengan berdirinya TG Nik Aziz di atas pentas.
Petugas-petugas keselamatan.
Ceramah telah berakhir pada sekitar jam 12.00 Tengah malam
Posted in Aktiviti, Gambar, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »
AMK dihari penamaan calon N12
Posted by amkpermatangpauh on May 24, 2009
Ahli-ahli dari AMK Permatang Pauh semasa hari penamaan calon N12 yang berlangsung di IKBN BM pada 23 May 2009 yang lalu.
Dari cabang keselamatan AMK, UKP. Aku pinjam gambar ni dari kedaikopitepimasjid
UKP yang berada dibarisan hadapan.
Boss AMK Permatang Pauh.. Saudara Amir Gazali.
Walaupun cuaca panas terik, tapi masih mampu tersenyum.
Saudara Amizuddin dari AMK Kepala Batas turut hadir.
Mesyuarat tergempar ditepi jalan.. Bawah pokok tak ada ruang dah.
Posted in Aktiviti, Gambar | Leave a Comment »
Imej Baru Unit Iring UKP
Posted by amkpermatangpauh on May 18, 2009
UKP dengan rasminya telah memperkenalkan imej baru unit iring. Tugas utama unit ini adalah untuk mengiringi pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dengan pelancaran imej baru ini diharap unit iring dapat mempertingkatkan lagi tahap kerja mereka dari masa ke semasa.
Calon N12 Penanti menunjukkan baju baru bagi kegunaan UKP mengiringi mana-mana pemimpin yang hadir di Permatang Pauh.
Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Dr Mansor sendiri yang hadir sebagai tetamu kehormat pada malam tersebut.
Dr Mansor mengenakan Cap yang disampaikan oleh Sdr Mazlan sebagai tanda kenangan.
Posted in Aktiviti, Gambar | 1 Comment »
Selamat Ulang Tahun Yang Ke – 2
Posted by amkpermatangpauh on May 18, 2009
Penanti,15/05/09- Unit Keselamatan Parlimen atau lebih dikenali sebagai UKP Bahagian Permatang Pauh telah mengadakan Majlis Jamuan sempena Ulang Tahun Ke-2 mereka. UKP telah ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi di bawah Biro Latihan & Keselamatan dan merupakan salah satu cabang dalam AMK Bahagian Permatang Pauh.
Menurut Sdr Mazlan (gambar) yang bertindak sebagai Pengarah unit ini,di awal penubuhannya hanya terdapat seramai 14 orang ahli berdaftar. Akan tetapi setelah 2 tahun bergerak, pada hari ini UKP telah mempunyai seramai 260 orang ahli berdaftar.
Menurut beliau lagi tugas utama UKP adalah mengiringi pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Permatang Pauh dan amnya di Negeri Pulau Pinang.
Menurut Sdr mazlan pada asasnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial dimana khidmat yang ditawarkan ialah membantu golongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran,kematian dan bantuan sosial dan sehingga kini tenaga ,keperluan harian dan wang ringgit yang disumbangkan golongan korporat termasuk wakil rakyat yang lama dan akan datang di salurkan kepada golongan yang memerlukan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr Mansor,bakal calon N12 DUN Penanti. Di dalam ucapannya, beliau dipetik sebagai berkata UKP adalah satu-satunya biro yang paling aktif di dalam AMK Bahagian Permatang Pauh bukan sekadar di Pulau Pinang malahan mungkin di seluruh negara.
Dalam majlis tersebut juga dan bersempena dengan pilihanraya Penanti, Dr mansor telah merasmikan ulangtahun ke dua penubuhan Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ini dan dengan menggunakan jaket yang baru di harap ianya dapat memberikan satu inisiatif dan juga dorongan agar UKP dapat menjalankan tugas membantu pasukan keselmatan terutamanya mengiringi lawatan,di kawasan tempat ceramah dan juga aktiviti social yang lain.Menurut Dr Mansor lagi usaha ini diharapkan dapat di perluaskan ke seluruh negeri dan kawasan parlimen masing-masing.
Posted in Aktiviti, Gambar | 1 Comment »