AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

TAHNIAH kepada Saudara Amir !

Posted by amkpermatangpauh on December 8, 2009

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Walaupun bolehlah dikatakan agak terlewat namum ianya belum terlambat untuk menyampaikan apa yang tersirat.

Bagi pihak Angkatan Muda KEADILAN Cabang Permatang Pauh, saya Afzal Khan Bin Ahmad selaku Timbalan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh ingin merakamkan sekalung TAHNIAH buat ketua kami iaitu Saudara Amir Bin Haji Ghazali diatas perlantikan beliau secara rasmi sebagai Ketua AMK Negeri Pulau Pinang.

Yang tersenyum tu.. Amir la tu.

Perlantikan beliau telah diumumkan secara rasmi oleh Ketua AMK Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin di Perhimpunan Perdana  AMK Pulau Pinang pada 29 November 2009 yang lalu bagi menggantikan YB Yusmadi Yusoof yang telah dipindahkan ke AMK Pusat.

Meskipun dengan perlantikan beliau sebagai Ketua AMK Negeri Pulau Pinang yang baru itu akan menyebabkan beliau akan lebih sibuk dengan agenda di peringkat Negeri lantas mengurangkan masa beliau bersama AMK Permatang Pauh dan kami akan kehilangan seorang Pemimpin yang berpengalaman, Kami akur demi kebaikkan Parti.

Kami merasa amat berbangga dengan perlantikan ini, perlantikan yang membolehkan Ketua kami Saudara Amir melangkah lebih jauh lagi dalam persada politik Negara. Perlantikan beliau ini kami tafsirkan sebagai satu penghormatan dan penghargaan yang tidak ternilai buat AMK Permatang Pauh.

Bagi kami saudara Amir adalah seorang pemimpin yang mempunyai Misi dan juga Visi yang sangat besar dalam menjayakan agenda perjuangan Parti KEADILAN Rakyat. Memang wajar beliau dilantik sebagai Ketua AMK Negeri Pulau Pinang.

Saudara Amir juga merupakan seorang pemimpin yang komited dalam merealisasikan perjuangan Parti, beliau banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit untuk meletakkan AMK Cabang Permatang Pauh di tempat yang sepatutnya. Tempat yang dihormati masyarakat.

Pengalamannya didalam dunia politik sejak era reformasi lagi dan seterusnya sebagai Ketua AMK Cabang Permatang Pauh sejak Mac 2007 sehingga kini telah banyak dicurahkan beliau dalam membimbing dan membentuk kami.

Biar apapun matlamat dan misi beliau sebagai Ketua AMK Negeri Pulau Pinang, selagi ianya selari dengan perlembagaan Parti kami berikrar akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dalam menerajui AMK Negeri Pulau Pinang.

Dan akhir kata dari kami..

“DALAM MENGEJAR PELANGI UNTUK DIGENGAM JANGAN DILUPA RUMPUT DIBUMI”

TAHNIAH! Diucapkan sekali lagi..

Wassalam…


Afzal Khan Ahmad
Timbalan Ketua AMK
Permatang Pauh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: