AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for June, 2009

Kes DSAI pindah Mahkamah: Mahkamah Rayuan Beri Keputusan Esok

Posted by amkpermatangpauh on June 30, 2009

20090630172709_anwarPutrajaya, 30 jun. Mahkamah Rayuan berkemungkinan memberikan keputusan esok bersabit permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, kerana Tan Sri Gani Patail diarahkan oleh Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes berkenaan. 

Keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, memaksa Anwar untuk memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya kes itu dibicarakan di Mahkamah Seksyen seperti lazimnya untuk perbicaraan seumpama itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Tuduhan liwat | Leave a Comment »

Permohonan Rayuan DSAI Ditunda Esok (30 June)

Posted by amkpermatangpauh on June 29, 2009

20090629162530_anwarVSsaiful

Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantah pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, ditangguhkan pada 2.30 petang esok.

Mahkamah Seksyen sebelum ini menolak permohonan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, kerana Tan Sri Gani Patail diarahkan oleh Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes berkenaan. Keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, memaksa Anwar untuk merayu kepada mahkamah rayuan supaya kes itu dibicarakan di mahkamah seksyen seperti lazimnya untuk perbicaraan seumpama itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Tuduhan liwat | Leave a Comment »

Johari Kassim sacked from MPSP.

Posted by amkpermatangpauh on June 29, 2009

jokassim

SEBERANG PRAI, June 29 — The Penang state executive council today sacked Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) Johari Kassim from the Seberang Perai Municipal Council (MPSP).

State executive councillor in charge of local government, Chow Kon Yeow told The Malaysian Insider the state PKR leaders had been consulted before the decision was made.

“It was a unanimous decision of the excos,” said Chow.PKR has three representatives in the Penang executive council.

Earlier this month, Johari led eight local councillors in a boycott of the swearing-in ceremony for MPSP president Mokhtar Mohd Jait.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita Terkini...., Politik | 1 Comment »

Anwar: PKR Tetap Tolak PPSMI

Posted by amkpermatangpauh on June 28, 2009

20090628202342_anwar keadilan

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta membatalkan sebarang hasrat menjadikan Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Perlaksanaan dasar yang tergesa- gesa tanpa kajian akan memburukkan sistem pendidikan negara sebagaimana yang terbukti dengan PPSMI.  “Puluhan kajian dari pihak penyelidik pakar pendidik dari universiti yang membuktikan kerajaan UMNO Barisan Nasional gagal. Kita sekali lagi ulangi desakan kita, walaupun kita faham, RM4.5 bilion telah dibazirkan untuk kerja yang sia- sia ini. Kita tuntut supaya menteri pelajaran sekarang nie, jangan lengah- lengahkan lagi tetapi laksanakan segera dasar pendidkan kebangsaan kembalikan status Bahasa Melayu dan daulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan negara,” Kata Anwar.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Calon PAS di Manek Urai

Posted by amkpermatangpauh on June 27, 2009

fauzi 2

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) – Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Kes Rogol Penan sila dedahkan!!!

Posted by amkpermatangpauh on June 27, 2009

20090625212334_zuraida parlimenMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Abdul Jalil digesa mendedahkan hasil siasatan kes rogol dan penderaan seksual lain keatas wanita, gadis bawah umur kaum Penan di Sarawak oleh pembalak di Baram.

Laporan pertama kes seumpama itu telah didedahkan sejak tahun 1993. Hanya pada 27 Mei lalu, Sharizat menyerahkan hasil siasatan terhadap isu itu kepada Jemaah Menteri.Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menggesa Sharizat supaya mengumumkan hasil siasatan berkenaan untuk mencerminkan ketelusan dalam membela nasib kaum minoriti dinegara ini.”Wanita Keadilan menuntut agar Sharizat segera mengedar laporan tersebut kepada umum agar dapat diteliti dan bersama mencari penyelesaian terhadap perlakuan sesuka hati pemangsa dalam penderaan dan keganasan seksual keatas wanita, gadis dan anak- anak Penan yang lemah itu. Jika Menteri gagal berbuat demikian, ia seolah- olah membenarkan penerusan perbuatan keji itu oleh mereka yang sama sekali telah hilang sifat kemanusiaannya.” Ujarnya

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Najib masih terhegeh-hegeh nak bincangkan pasal Kerajaan Perpaduan

Posted by amkpermatangpauh on June 25, 2009

(Suara Keadilan) – Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri Najib Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya  demi kepentingan bangsa melayu dan Islam.

Lim menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi dan mencondong kepada perpaduan satu kaum sahaja.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

RM1 Juta dibayar kepada bekas Boss Ferrari F1 Team

Posted by amkpermatangpauh on June 24, 2009

2406_todt

KUALA LUMPUR, June 24 — The government has allocated RM1 million for former Ferrari Formula One team boss Jean Todt to spend over two years as Malaysia’s Tourism ambassador.

But Tourism Minister Datuk Seri Ng Yen Yen said no disbursements have been made since his appointment in May.

The MCA vice president also denied that Todt has been given any land in Terengganu as part of the deal.

“As far as I know, Todt does not own any land in Terengganu,” she said.

PKR vice president Azmin Ali caused a stir this morning when he demanded a full disclosure of the deal with Todt and his fiancée, Malaysian actress Datuk Michelle Yeoh, claiming that almost RM1 million had already been spent on the Frenchman.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »