AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for the ‘Rasuah’ Category

PKR dakwa Shafie Apdal salah guna kuasa

Posted by amkpermatangpauh on October 21, 2009

TianChuaaKUALA LUMPUR, 21 Okt: Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti tambahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.

Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu.

“Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak ‘follow up’ dengan bukti tambahan.”katanya.

Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Rasuah | Leave a Comment »

Rasuah: Malaysia merudum lagi, lebih buruk dari Botswana dan Bhutan

Posted by amkpermatangpauh on September 28, 2009

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Rasuah | Leave a Comment »

Respons Najib pengakuan dokumen PKFZ tulen

Posted by amkpermatangpauh on September 21, 2009

Mahfuz

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tindakan laman web Malaysia Today mendedahkan dokumen yang meminta diluluskan kenaikan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan satu pengakuan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Najib, menurut Mahfuz kelihatan menggelabah dengan pendedahan dokumen kabinet itu berhubung kelulusan peningkatan kos PKFZ.
Perdana menteri dalam kenyataannya semalam memberi amaran tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi berhubung pembocoran dokumen itu.

“Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut.

Read the rest of this entry »

Posted in PKFZ, Rasuah | Leave a Comment »

Muhyiddin punya pasal Johor terpaksa bayar gantirugi..

Posted by amkpermatangpauh on August 22, 2009

821_muhyddinKUALA LUMPUR, Ogos 21 — Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Politik, Rasuah | Leave a Comment »

Muhyiddin Pernah Jual Tanah ke Singapore..

Posted by amkpermatangpauh on August 18, 2009

Malaysiawaves pernah membuat laporan bahawa UMNO Johor (di kala itu dibawah pimpinan Muhyiddin) pernah menjual tanah kepada Singapura. Ibrahim Ali pernah mendedahkan kepada kita betapa tanah di Johor telah dijual kepada Singapura.

Teringat saya sewaktu selepas PRU 1990. Di waktu itu berlaku PRK bagi kerusi Kenali. Maka, datanglah Muhyiddin berkempen dengan haibahnya. Beliau dengan hebat berkata bahawa UMNO mahu memperjuangkan Islam dan mempertabatkan Islam. Lantas bangun seorang tua berkata bagaimana UMNO Johor hendak berjuang Islam, sedangkan di Johor cuti hari Jumaat pun mereka tak boleh nak pertahankan.

Read the rest of this entry »

Posted in Politik, Rasuah | Leave a Comment »

Rosli Mesti Letak Jawatan !

Posted by amkpermatangpauh on August 7, 2009

kemasikrasuah

KUALA TERENGGANU – AMK Negeri Terengganu Timbalan menasihatkan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat supaya berfikiran matang dan bersikap profesional dalam menghadapi isu rasuah yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kemasik, Rosli Othman.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Rasuah | Leave a Comment »