HIMPUNAN RAKYAT MENYOKONG
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tempat : Dewan Millenium Bertam, Kepala Batas SPU
Tarikh : 16hb. Feb. 2010 ( Selasa)
Jam : 9 malam
Posted by amkpermatangpauh on February 11, 2010
HIMPUNAN RAKYAT MENYOKONG
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tempat : Dewan Millenium Bertam, Kepala Batas SPU
Tarikh : 16hb. Feb. 2010 ( Selasa)
Jam : 9 malam
Posted in Hebahan | 1 Comment »
Posted by amkpermatangpauh on February 11, 2010
Penceramah:
YAB Lim Guan Eng ( Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Mansor Othman, (Timbalan Ketua Menteri)
YB Malik Kassim,( Exco Kerajaan Negeri)
YB Chow Kuan Yeow, (Exco Kerajaan Negeri)
YB Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
YB Raveentharan, (ADUN Batu Uban)
YB Sim Tze Tzin, (ADUN Pantai Jerejak)
Posted in Hebahan | Leave a Comment »
Posted by amkpermatangpauh on February 3, 2010
Kertas pertuduhan menyatakan kejadian liwat berlaku antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Tetapi laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang.
Hafiz Yatim
Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.
Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.
Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.
Posted in Tuduhan keatas DSAI | Leave a Comment »
Posted by amkpermatangpauh on February 3, 2010
Pada 1 Februari 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti.
Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.
Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan Rakyat.
Posted in PKR | Leave a Comment »