AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for the ‘Analisa Politik’ Category

Anthony: PR juga perlu berubah

Posted by amkpermatangpauh on October 15, 2009

20091014_Bagan_Pinang_TalkMenjelang pilihan raya umum ke-13, musuh Pakatan Rakyat yang terbesar ialah Pakatan Rakyat sendiri. Sekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi ‘mangsa tsunami’ dalam PRU ke-13.

“Jangan kita pula dijangkiti Denial Syndrome, hanya menyalahkan ‘taburan gula’ oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya… semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang. Mengapa kami kalah kali ini?”

Demikianlah muhasabah Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy ketika mengulas kekalahan besar PAS-PR dalam PRK Bagan Pinang, ketika menghadiri satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Antara ahli panel yang lain ialah Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini edisi bahasa Cina).

Anthony Loke yang turut aktif melibatkan diri sepanjang PRK Bagan Pinang, walaupun mengakui bahawa keputusan PRK Bagan Pinang tidak semestinya memberi gambaran senario Malaysia secara keseluruhannya, namun tetap ingin mengambil iktibar daripada kekalahan ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Analisa Politik | Leave a Comment »

Mampukah Mahathir pengaruhi keputusan Umno di Bagan Pinang?

Posted by amkpermatangpauh on September 23, 2009

Tekanan daripada pucuk pimpinan Umno nasional supaya parti itu meletakkan calon selain daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memuncak apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menggesa Barisan Nasional supaya tidak mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu demi menjaga imej.

Sebelum Mahathir seorang lagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga telah turut sama membuat kenyataan yang serupa dengan mengatakan kemenangan harus diperolehi dengan maruah dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Analisa Politik | Leave a Comment »

16 September, Hari Malaysia yang sarat dengan erti sejarah

Posted by amkpermatangpauh on September 18, 2009

Lapan pilihan raya kecil selepas 8 Mac 2008 mengulangi kenyataan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bukan pilihan jutaan pengundi secara “kebetulan”, tetapi hasil daripada proses peralihan masyarakat yang membanggakan. Kini, warga Malaysia bukan sahaja membanting tulang untuk masa depan individu, tetapi juga memberi makna kepada 16 September, Hari Malaysia yang sarat dengan erti sejarah.

20090505_1BlackMalaysiaKeputusan PRK lalu menunjukkan bahawa “pengundi muda” antara usia 21 hingga 50 tahun berkecenderung untuk mengundi Pakatan Rakyat. Walaupun PRK DUN Batang Ai menyaksikan ketewasan PR, namun analisa keputusan tetap memperlihatkan trend yang sama. BN memperolehi 54% undi di Batang Ai, berbanding PR yang hanya memperolehi 46% undi. Tetapi, PR berjaya mendapat 30% undi golongan muda, sementara BN hanya mendapat 28% sokongan pengundi muda.

Kebanyakan “pengundi muda” yang dimaksudkan ialah kelas pekerja, yang berkeluarga dan berkerjaya. Golongan ini berdepan dengan tekanan hidup yang meningkat, lantaran ekonomi yang merudum — satu fenomena yang berpunca daripada rejim pemerintah yang korup. Golongan ini dikategori sebagai kelas pertengahan yang berlagak segak, tetapi merana kerana tekanan hidup yang membebankan.

Read the rest of this entry »

Posted in Analisa Politik | Leave a Comment »