AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for the ‘Politik’ Category

Blog Politik Anda

Rombakan Peringkat Negeri, PKR Pulau Pinang Makin Mantap

Posted by amkpermatangpauh on November 15, 2009

Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Dr. Mansor othman merombak kepimpinannya dalam usaha memperkasakan parti berkenaan.

Mansor berkata, langkah itu perlu bagi mempersiapkan parti dalam apa jua keadaan terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang.

“ Saya buat semula kabinet kepimpinan negeri ini, berdasarkan beberapa faktor, yang pertama berorentasikan kepada pilihanraya, jadi kita susun beberapa pasukan petugas khas untuk siap sediakan parti dengan lebih mantap supaya menghadapi pilihanraya akan datang dan memandang juga bukan kemelut tetapi cabaran dan serangan dari parti lawan yang semakin hebat” ujar Mansor.

Read the rest of this entry »

Posted in PKR, Politik | Leave a Comment »

Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008

Posted by amkpermatangpauh on October 30, 2009

badrul KLANG, 30 Okt: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

“Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor,” kenyataannya dipetik.

Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | 1 Comment »

ISA : Akan ku penuhkan hinga pinggir Kemunting.. kata Hishamuddin

Posted by amkpermatangpauh on September 17, 2009

250px-Hisham_KerisKUALA LUMPUR, 17 Sept: Sehari selepas membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting sehingga ke pinggirnya.

Ugutan beliau itu dibuat ketika tokoh-tokoh MIC seolah-olah mengamuk menentang ‘big brothers’ di dalam Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pula menyatakan bahawa 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

“Jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting,” ancam Hishammuddin.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Pakatan akan gagal tawan Pusat ?

Posted by amkpermatangpauh on September 15, 2009

JERANTAUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.

Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi beliau, politik negara sekarang ini sedang diransang oleh perubahan dunia, yang terbaru ekoran tumbangnya Parti LDP yang sudah berkuasa melebihi setengah abad di Jepun.

Read the rest of this entry »

Posted in Politik, Uncategorized | Leave a Comment »

Pindaan umur, Pemuda Umno tetap tua

Posted by amkpermatangpauh on September 14, 2009

BERA, Sept 11 – Diberitakan bahawa di negara-negara seperti Vietnam, Iran dan Turki, ketua-ketua pemuda parti politik mereka kebanyakannya hanya berumur di sekitar 25 hingga 30 tahun. Walaupun nampak agak muda, pandangan mereka tetap didengar oleh pemimpin tertinggi parti hanya berdasarkan satu sebab, hanya orang muda sahaja yang mampu memberi pandangan tentang kehendak orang muda.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Anwar slams BN for manipulating public institutions

Posted by amkpermatangpauh on September 2, 2009

902_anwar

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Sept 2 — In an immediate reaction to the highly-explosive constitutional battle in Ipoh this morning between the ousted Pakatan Rakyat government and its rival Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim said a legal assembly sitting can only be called by a “legitimate speaker.”

“For us, the legitimate speaker is the speaker elected by the State Legislative Assembly legally and not an illegally elected speaker from the floor,” the PKR adviser told reporters here after the high court postponed fixing a date for his Sodomy II trial to start.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »

Adun Lunas didesak letak jawatan

Posted by amkpermatangpauh on August 31, 2009

P1000339PADANG SERAI, 31 Ogos: Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.

Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan.

“Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PKR, Politik | 1 Comment »

Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena

Posted by amkpermatangpauh on August 27, 2009

Ong Tee KeatKUALA LUMPUR, 27 Ogos – Walaupun selepas memecat Timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sepatutnya boleh tidur lena malam tadi, tetapi belum tentu beliau dapat menikmatinya.

Ketika Ong mempengerusikan mesyuarat memecat Chua di ibu pejabat MCA malam semalam, pada sebelah paginya satu laporan polis dibuat ke atas beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

Tidak cukup dengan itu, dalam pemberontakan terbuka terhadap beliau, pada sebelah petangnya, enam MCA bahagian di Perak iaitu bahagian Bagan Datoh, Kampar, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat menuntut Ong digantung dari parti yang dipimpinnya itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »