AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for December 15th, 2009

Perubahan konkrit dan struktur Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on December 15, 2009

DIS 15 —  Dis 19 ini adalah detik bersejarah. Harapan untuk perubahan umpama sinar matahari yang berada di muka pintu rumah kita saban pagi. Pemimpin akar umbi dari tiga parti — PKR, PAS dan DAP — buat pertama kalinya akan duduk bersama meninjau kemungkinan untuk menjadi sebuah gabungan rasmi yang akan bertentang mata satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Perubahan justeru memerlukan bahasanya. Kita sekian lama telah mendengar slogan demi slogan. Setidak-tidaknya, tiga Pilihanraya Umum yang kita tempoh sejak tercetusnya Reformasi 1998, menjadikan rakyat dan pendokong perjuangan ini mulai mengerti apa maknanya perjuangan dan “Politik Baru” yang sering kita laungkan.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Cubaan DSAI ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya

Posted by amkpermatangpauh on December 15, 2009

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Bajet Pahang: PKR dakwa MB tak faham undang-undang

Posted by amkpermatangpauh on December 15, 2009

Oleh Zukri Aksah
KUANTAN, Dis 15 — Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman menyifatkan keengganan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob untuk membentangkan semula Bajet 2010 bagi membetulkan kesilapan dengan memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri sebagai pendirian angkuh dan tidak jujur dalam menguruskan negeri.

Fauzi turut bersetuju dengan pandangan-pandangan pemimpin politik lain sebelum ini bahawa kesilapan yang berlaku dalam DUN mestilah dibawa semula ke sidang khas DUN untuk diperbetulkan.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Kempen Umno Pengkhianat Rakyat akan dilancarkan oleh PAS

Posted by amkpermatangpauh on December 15, 2009

PETALING JAYA, Dis 15 — Jika Umno mahu melancarkan program Umno Juara rakyat, PAS pula akan mengadakan kempen Umno Pengkhianat Rakyat pada 9 Januari ini bagi membongkar segala pembohongan dan kezaliman Umno kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu dan umat Islam.

Sehubungan itu, Jentera Penerangan PAS di semua peringkat diminta bersedia untuk menggerakkan kempen ini sehingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno, kata Ketua Penerangan PAS pusat, Idris Ahmad.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | 1 Comment »