N12: PENANTI :
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi Read the rest of this entry »
Archive for May, 2009
Keputusan penuh pilihan raya kecil DUN Penanti
Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009
Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »
Peratusan Keluar Mengundi Muktamad 46.15 Peratus
Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009
31 May 2009 21:39
(TV Antara) – Peratusan muktamad jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Penanti hari ini kurang daripada 50 peratus iaitu 46.15 peratus atau 7,100 pengundi sewaktu pusat pengundian ditup pukul 5.00 petang tadi.
Pencapaian ini jauh lebih rendah daripada sasaran yang nyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak 70 peratus.
Faktor Barisan Nasional tidak bertanding pada PRK ini menjadi satu faktor utama pengundi tidak keluar beramai-ramai kerana mereka berpendapat calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman sudah pasti menang. Read the rest of this entry »
Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »
Pengundi Penanti Dipindah Ke Kawasan Lain
Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009
31 May 2009 13:16
(TV Antara) – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.
Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih. Read the rest of this entry »
Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »
N12 Pilihanraya yang aman.. 31 May 09
Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009
Pilihanraya Kecil DUN N12 Penanti, berjalan dengan aman dan tenteram kerana tiada cetusan provokasi dari pihak BN terutamanya UMNO, Sekaligus membuktikan bahawa segala keganasan atau kekacauan yang tercetus didalam semua pilihanraya, samada pilihanraya Umum atau Pilihanraya kecil adalah dimulakan oleh pihak UMNO/BN, bukan dari PR sebagaimana yang sering dinyatakan oleh Media BN. Read the rest of this entry »
Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »
RM800 harga sebiji durian!!
Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009
Durian yang kelihatan didepan sekali berharga RM800 Read the rest of this entry »
Posted in PRK N12 Penanti, Program AMK | 1 Comment »
Piala DS Anwar Ibrahim
Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009
Piala DS Anwar Ibrahim di Mengkuang Titi Homestay pada 30 May 09 sempena PRK N12 Penanti
Posted in PRK N12 Penanti, Program AMK | Leave a Comment »
Di antara Chin Peng, Komunisme dan Perkauman
Posted by amkpermatangpauh on May 30, 2009
Oeh : Datuk Zaid Ibrahim
Meninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya tidak terkejut kalau ada kedengaran rintihan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah Negara Polis (’Polis State’). Antara ciri-ciri sebuah ‘Police State’ ialah apabila polis menjadi satu kuasa pengawalan yang ditakuti. Polis mula menyekat kegiatan serta kebebasan orang ramai bersuara, yang merupakan amalan biasa di sesebuah negara bebas dan demokratik.
Kita dapat lihat bahawa pasukan polis lebih ditakuti dan bukan dihormati. Bloggers seperti saya juga turut berada dalam pemerhatian mereka. Undang-undang yang digunakan mereka telah menyekat kebebasan rakyat. Di dalam sebuah ‘Police State’, Polis boleh mengambil tindakan atas apa sahaja yang ditafsir atau dianggap berbahaya kapada kerajaan. Ini membolehkan mereka menyekat apa sahaja kegiatan orang awam yang dianggap menjejaskan kententeraman awam. Hari ini rakyat ditangkap kerana memakai baju warna hitam, menjual CD, tidak mahu makan, berkumpul secara aman dan sebagainya. Read the rest of this entry »
Posted in Politik | Leave a Comment »
Najib Elak Jawab Isu PKFZ
Posted by amkpermatangpauh on May 30, 2009
(TV Antara) – Presiden Umno Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi Umno tengahari tadi mengelak daripada menjawab soalan media mengenai skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional.
Bagi mengalihkan pandangan rakyat Najib berkata semua penjelasan mengenai perkara tersebut hendaklah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Ong Kee Teat. Read the rest of this entry »
Posted in Berita | Leave a Comment »