AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for December 20th, 2009

Transkrip Ucapan DSAI Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on December 20, 2009

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT
19HB DISEMBER 2009
AUDITORIUM MBSA.

I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT
Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Pakatan Rakyat | Leave a Comment »

Muafakat baru untuk Malaysia

Posted by amkpermatangpauh on December 20, 2009

Berikut adalah kandungan muafakat rakyat.

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijaksanaan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tergelincir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Pakatan Rakyat | Leave a Comment »

AMK Adakan Demonstrasi Aman, Desak Bebas Jonah Dan Azizi

Posted by amkpermatangpauh on December 20, 2009

Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read the rest of this entry »

Posted in AMK, Berita | Leave a Comment »

Pemimpin AMK Selangor direman tiga hari

Posted by amkpermatangpauh on December 20, 2009

Dis 19, 09  Polis sudah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari, mulai hari ini, terhadap dua pemimpin Angkatan Muda keadilan (AMK) Selangor yang ditahan semalam semasa sedang mengedar risalah dipercayai berbaur hasutan di perkarangan masjid negeri Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dan Timbalan Ketua AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamad direman bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lebih lanjut.

Read the rest of this entry »

Posted in AMK, Berita | Leave a Comment »