AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

KENYATAAN MEDIA : Isu penggunaan kalimah Allah

Posted by amkpermatangpauh on January 3, 2010

KENYATAAN MEDIA

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH”

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | 3 Comments »

KENYATAAN MEDIA : Isu perhimpunan haram Pemuda BN

Posted by amkpermatangpauh on December 3, 2009

 Gambar ehsan dari Pinkturtle

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN P.PINANG
1 DISEMBER 2009

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang serius sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang dan tindakan biadap membakar foto Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang yang disasarkan untuk merendah-rendahkan kewibawaan kerajaan negeri di bawah pimpinannya. Tindakan mereka yang keterlaluan ini juga telah dianggap menghina Dewan Undangan Negeri yang sedang bersidang.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

LAPORAN POLIS PEMUDA PAKATAN P.PINANG

Posted by amkpermatangpauh on December 3, 2009

Gambar ehsan dari Pinkturtle

Laporan polis :

Saya Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Ketua Angkatan Muda 1, Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. Ingin membuat laporan polis bersangkutan dengan perhimpunan haram yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan.

Read the rest of this entry »

Posted in Aktiviti, Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

Bajet 2010 untungkan k’jaan: Anwar

Posted by amkpermatangpauh on October 26, 2009

20090702173350_anwar_ibrahim3 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

“Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Isu Semasa | Leave a Comment »

Azmin nafi ‘pergeseran’ punca Datuk Zaid bercuti

Posted by amkpermatangpauh on October 19, 2009

azminKUALA LUMPUR, 19 Okt: Dakwaan pergeseran dengan kepimpinan parti punca Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengambil ‘cuti politik’ tiada asas dan tafsiran media semata-mata.

Naib presiden PKR, Azmin Ali antara yang didakwa terlibat dalam pergeseran dengan Zaid, hari ini menafikan perkara tersebut dan berpandangan ianya sengaja dimainkan media untuk memecahbelahkan hubungan erat Pakatan Rakyat dan PKR itu sendiri.

“Siapa yang ada pergeseran, kalau tengok kenyataan Datuk Zaid, ada tak dia kaitkan saya?, tak ada. Ini tafsiran media untuk menggambarkan perpecahan dalam PR dan Keadilan,” ujarnya ketika ditemui di parlimen siang tadi.

Ujarnya, keputusan Zaid untuk bercuti selama enam bulan adalah kerana ingin memberi fokus kepada sekriteriat Pakatan Rakyat bagi menyiapakan kertas dasar untuk dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Zaid adalah anggota utama jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Isu Semasa | Leave a Comment »

Kontroversi KM digilir di P.Pinang

Posted by amkpermatangpauh on September 30, 2009

20090623_Yusmadi_Yusoff_01Berita yang bertajukkan “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir mengikut formula baru” dengan tajuk sampingan “Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri”, menimbulkan kontradiksi antara parti komponen PR, khususnya DAP dan PKR, hari ini.

Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan untuk menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis. Ng Wei Aik mengambil Sabah sebagai contoh untuk membuktikan bahawa sistem KM bergilir gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Yusmadi: Tidak sebut “giliran”

Bagaimanapun, ahli parlimen Balik Pulau ini memberi penjelasan melalui kenyataan media selepas itu. Yusmadi ketika ditemuramah MerdekaReview menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

Sesi ‘dialog’ dengan penduduk Seksyen 23 – Khalid Samad

Posted by amkpermatangpauh on September 8, 2009

Khalid SamadSEPT 8 – Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin.

Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati.

Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, “hero Melayu” gelar mereka.

Read the rest of this entry »

Posted in Dari Blog pilihan, Isu Semasa | Leave a Comment »

SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09– Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »