AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for December 19th, 2009

DSAI : ‘Jangan ganti rasisme dengan rasisme baru’

Posted by amkpermatangpauh on December 19, 2009

SHAH ALAM, Dis 19 — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa setiap kaum di Negara ini mengikis semangat perkauman masing-masing jika benar-benar mahu membentuk sebuah negara yang adil bagi semua kaum.

“Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu,” kata beliau.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menyatakan demikian dalam ucapan perdananya pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini hari ini.

Anwar menjelaskan jika ia berlaku maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman.

“Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.

“Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai ‘moral resources’, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah,” katanya.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Pakatan Rakyat | Leave a Comment »

Konvensyen Pakatan: Perwakilan mula bahas rangka kerja dasar

Posted by amkpermatangpauh on December 19, 2009

Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar ibrahim bersama pemimpin tertinggi PAS dan DAP hari ini senada berjanji untuk membebaskan rakyat dari cengkaman politik perkauman, rasuah dan penyelewengan kuasa yang berterusan di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebagai ganti, Pakatan Rakyat melancarkan teras perjuangannya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dinamis bertapak kepada keluhuran undang-undang dan Pelembagaan yang memberi keadilan kepada semua kaum.

Dokumen bersama rangka kerja yang dipersetujui pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti akan dibahaskan oleh perwakilan sebelum dijadikan peta yang mencorakkan hala tuju perjuangan Pakatan Rakyat.

Kira-kira 1,500 perwakilan menghadiri perjumpaan sehari itu di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Pakatan Rakyat | Leave a Comment »

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat hari ini

Posted by amkpermatangpauh on December 19, 2009

Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, 18 Dis: Hari ini, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.

Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Pakatan Rakyat | Leave a Comment »

2 pemimpin AMK ditahan edar risalah kes liwat

Posted by amkpermatangpauh on December 19, 2009

PETALING JAYA, Dis 18 — Dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis selepas sembahyang Jumaat hari ini kerana mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di kawasan Majlis Negeri Shah Alam.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, kedua-dua mereka ditahan kira-kira 2.30 petang tadi kerana didakwa mengedarkan risalah tanpa permit.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »