AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for the ‘PRK N12 Penanti’ Category

N12 : Imbasan UKP on duty..

Posted by amkpermatangpauh on June 11, 2009

BUKP12 Unit Keselamatan Parlimen atau lebih dikenali sebagai UKP Bahagian Permatang Pauh telah  ditubuhkan sejak tahun 2007  lagi di bawah Biro Latihan & Keselamatan dan merupakan salah satu  sayap dalam AMK Bahagian Permatang Pauh.

Menurut Pegawai Pemerintah unit ini saudara Mazlan (gambar) semasa awal penubuhannya  hanya  terdapat seramai 14 orang ahli berdaftar. Akan tetapi setelah 2 tahun bergerak, pada hari  ini UKP  telah mempunyai hampir seramai 300 orang ahli yang berdaftar.

Antara tugas utama UKP adalah mengiringi  pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Permatang Pauh dan amnya di Negeri Pulau Pinang.Pada asasnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial seperti membantu golongan yang memerlukan termasuk kes kebakaran dan juga kematian.

Read the rest of this entry »

Posted in Gambar, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Syabas dan terima kasih rakyat Penanti : Anwar

Posted by amkpermatangpauh on June 1, 2009

KUALA LUMPUR, 1 Jun (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan amat berterima kasih kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kerana bekerja keras bagi menentukan kemenangan besar di Dun N12. Penanti.

“Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Dr. Mansor Othman dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti,” kata Anwar. Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

AMK akan analisa peratusan keluar mengundi menurun

Posted by amkpermatangpauh on June 1, 2009

PENANTI,1 MEI (SK) – ANGKATAN Muda KeADILan akan melakukan analisa berikutan penurunan jumlah keluar mengundi pada pilihanraya kecil Dun Penanti.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata mereka akan mengeluarkan analisa berkenaan secepat mungkin bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang rendah tidak berlaku lagi. Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

TKM1: Mansor bakal dilantik rabu ini – Lim

Posted by amkpermatangpauh on June 1, 2009

anwarmansor

PERMATANG PAUH,31 MEI (SK) – Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Mansor Othman bakal menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang bermula rabu ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan malam tadi ketika dalam ucapan dihadapan kira-kira 1000 orang di Yayasan Aman.

“Beliau bakal mengangkat sumpah rabu sebagai adun seterusnya akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,” katanya ketika meraikan kemenangan Mansor disini. Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Aminah Menang!!!

Posted by amkpermatangpauh on June 1, 2009

Result 1 of 2

 

 

 

 

 

 

 TAHNIAH!!! Calon bebas cap kunci MENANG.. Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Keputusan penuh pilihan raya kecil DUN Penanti

Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009

N12: PENANTI :
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi

2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Peratusan Keluar Mengundi Muktamad 46.15 Peratus

Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009

spenanti_map_s

31 May 2009 21:39

(TV Antara) – Peratusan muktamad jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Penanti hari ini kurang daripada 50 peratus iaitu 46.15 peratus atau 7,100 pengundi sewaktu pusat pengundian ditup pukul 5.00 petang tadi.

Pencapaian ini jauh lebih rendah daripada sasaran yang nyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak 70 peratus.

Faktor Barisan Nasional tidak bertanding pada PRK ini menjadi satu faktor utama pengundi tidak keluar beramai-ramai kerana mereka berpendapat calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman sudah pasti menang. Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »

Pengundi Penanti Dipindah Ke Kawasan Lain

Posted by amkpermatangpauh on May 31, 2009

31 May 2009 13:16

(TV Antara) – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.

Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih. Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N12 Penanti | Leave a Comment »