AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PERUTUSAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA EIDUL FITRI 1430 HIJRAH

Posted by amkpermatangpauh on September 20, 2009

Malaysia Politics Saya dan Azizah, mewakili keluarga, kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin.

Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Syawal tahun ini juga disambut dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi. Penguncupan ekonomi bagi suku tahun ini amatlah membimbangkan, KDNK kekal mencatat peratusan rendah. Sudah tentu situasi ini membingungkan kita tatkala berbilion ringgit telahpun dibelanjakan.

Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak. Amalan memacu ekonomi negara harus difahami dengan pengertian yang lebih mendalam, tidak terhad sekadar dasar yang indah di permukaan tetapi bergelodak pelaksanaannya.

Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.”.

Justeru marilah kita menyambut penjelmaan Syawal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Penyempurnaan ibadah Ramadhan seharusnya mampu mengangkat darjat ketaqwaan dan menggilap roh serta semangat perjuangan menegak yang hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan kebathilan.

ANWAR IBRAHIM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: