Berita yang bertajukkan “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir mengikut formula baru” dengan tajuk sampingan “Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri”, menimbulkan kontradiksi antara parti komponen PR, khususnya DAP dan PKR, hari ini.
Setiausaha Agung DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah mengeluarkan kenyataan untuk menyelar Yusmadi Yusoff sebagai gila kuasa dan rasis. Ng Wei Aik mengambil Sabah sebagai contoh untuk membuktikan bahawa sistem KM bergilir gagal menyelesaikan masalah rakyat.
Yusmadi: Tidak sebut “giliran”
Bagaimanapun, ahli parlimen Balik Pulau ini memberi penjelasan melalui kenyataan media selepas itu. Yusmadi ketika ditemuramah MerdekaReview menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir.