AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for September 23rd, 2009

Mahathir teruskan usaha pengaruhi Bagan Pinang

Posted by amkpermatangpauh on September 23, 2009

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan lagi usaha mempengaruhi keputusan pemilihan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan.

Mahathir menegaskan Umno harus memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang, lapor agensi berita Bernama.Kenyataan beliau itu boleh dilihat sebagai menolak pencalonan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kenyataan kali kedua selepas kenyataannya menggesa Isa tidak dicalonkan di Bagan Pinang.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PRK N39 | Leave a Comment »

Mampukah Mahathir pengaruhi keputusan Umno di Bagan Pinang?

Posted by amkpermatangpauh on September 23, 2009

Tekanan daripada pucuk pimpinan Umno nasional supaya parti itu meletakkan calon selain daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memuncak apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menggesa Barisan Nasional supaya tidak mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu demi menjaga imej.

Sebelum Mahathir seorang lagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga telah turut sama membuat kenyataan yang serupa dengan mengatakan kemenangan harus diperolehi dengan maruah dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Read the rest of this entry »

Posted in Analisa Politik | Leave a Comment »