AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for September 18th, 2009

16 September, Hari Malaysia yang sarat dengan erti sejarah

Posted by amkpermatangpauh on September 18, 2009

Lapan pilihan raya kecil selepas 8 Mac 2008 mengulangi kenyataan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bukan pilihan jutaan pengundi secara “kebetulan”, tetapi hasil daripada proses peralihan masyarakat yang membanggakan. Kini, warga Malaysia bukan sahaja membanting tulang untuk masa depan individu, tetapi juga memberi makna kepada 16 September, Hari Malaysia yang sarat dengan erti sejarah.

20090505_1BlackMalaysiaKeputusan PRK lalu menunjukkan bahawa “pengundi muda” antara usia 21 hingga 50 tahun berkecenderung untuk mengundi Pakatan Rakyat. Walaupun PRK DUN Batang Ai menyaksikan ketewasan PR, namun analisa keputusan tetap memperlihatkan trend yang sama. BN memperolehi 54% undi di Batang Ai, berbanding PR yang hanya memperolehi 46% undi. Tetapi, PR berjaya mendapat 30% undi golongan muda, sementara BN hanya mendapat 28% sokongan pengundi muda.

Kebanyakan “pengundi muda” yang dimaksudkan ialah kelas pekerja, yang berkeluarga dan berkerjaya. Golongan ini berdepan dengan tekanan hidup yang meningkat, lantaran ekonomi yang merudum — satu fenomena yang berpunca daripada rejim pemerintah yang korup. Golongan ini dikategori sebagai kelas pertengahan yang berlagak segak, tetapi merana kerana tekanan hidup yang membebankan.

Read the rest of this entry »

Posted in Analisa Politik | Leave a Comment »

Pakatan Rakyat akan lancar gagasan ‘TAWAN’ Johor

Posted by amkpermatangpauh on September 18, 2009

JOHOR BAHRU, 18 Sept: Sebagai persiapan untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini selepas Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13, Pakatan Rakyat negeri ini telah bersepakat untuk melancarkan Gagasan yang bertemakan ‘TAWAN’ yang juga merupakan tawaran terbaik untuk rakyat negeri ini.

Pelancaran Gagasan ini akan disempurnakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, pada 27 Oktober depan,” kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Tol Percuma Tidak Beri Kesan : Shamsul Iskandar

Posted by amkpermatangpauh on September 18, 2009

samsuliskandar Angkatan Muda Keadilan hari ini mempersoalkan kebijaksanaan pengendali lebuhraya tidak mengenakan tol kepada sebarang kenderaan pada 18 dan 24 september ini sempena musim perayaan.
Laluan percuma itu adalah untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari pukul 12 malam hingga 5 pagi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pemberian laluan percuma pada tarikh-tarikh berkenaan tidak akan berkesan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya malah memburukkan lagi keadaan.

Banyak komen terutamanya dari Facebook tentang isu tol ini. Satu pandangan yang menarik hati saya dan pandangan saya, apabila mereka menyatakan pemberian tol percuma ini tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan. Ini kerana kecenderungan masyarakat, orang Melayu bila ada tol free mereka mereka akan balik pada masa, pada tarikh itu” ujarnya.

Pemberian tol percuma berkenaan meliputi semua kelas kenderaan sama ada kereta, bas mahupun lori.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

SKMM Salahguna Kuasa – Latheefa Koya

Posted by amkpermatangpauh on September 18, 2009

latheefa Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat portal berita Malaysiakini berhubung klip video demo kepala lembu memperlihatkan salahguna kuasa suruhanjaya berkenaan.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Latheefa Koya menyifatkan tindakan berkenaan dibuat bagi memberi tekanan kepada laman-laman web yang dianggap menjadi masalah kepada Umno Barisan Nasional.

Menurutnya tindakan berkenaan juga bakal memberikan kesan buruk kepada Umno Barisan Nasional dalam usaha mereka cuba mengawal kebebasan penyampaian maklumat khususnya di internet.

“Jelas mereka mengambil tindakan untuk melindungi kes datangnya dari isu kepala lembu untuk melindungi pihak tertentu.

“Setakat ni saya rasa mereka tidak dapat mengawal tetapi akan cuba mengawal. Mereka sudah mula dengan tindakan akta hasutan dan sebaginya itupun sudah terlibat dalam tindakan campur tangan walaupun telah dijanjikan mereka tidak akan campur tangan dalam isu internet,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »