AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for September 7th, 2009

DSAI Mahu Johor jadi milik Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

20090628202342_anwar keadilanKetua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA.

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09– Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

Kepura-puraan 1Malaysia..

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

20090623161439_ZURAIDAHOleh: Zuraidah Kamarudin

Seperti yang dijangkakan, media arusperdana Malaysia akan mengungkapkan pemikiran dan laporan yang dangkal serta berat sebelah, penuh dengan diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor mengenai dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor bersama penduduk Seksyen 23, Shah Alam mengenai isu cadangan perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekyen 23, Shah Alam (Opposition “tasting own medicine” oleh Alina Simon, M.Hamzah Jamaluddin dan TN Alagesh, NST 7/09/09,http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090907073422/Article/index_html)

Bagi mereka yang berpemikiran waras, jelas bahawa gelagat dan keceluparan yang dipamerkan oleh segelintir penduduk bukan budaya dari Pakatan Rakyat yang baru memerintah belum sampai dua tahun.(sila lihat video:http://wanitakeadilan.wordpress.com/2009/09/06/2558/)

Read the rest of this entry »

Posted in Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

Program Jejak Fakir DUN Seberang Jaya

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

Program tahunan yang dijalankan oleh AMK Permatang Pauh iaitu Program Jejak Fakir, Program yang digerakkan bagi menyampaikan bantuan berupa sumbangan wang ringgit dan juga barang-barang keperluan asas  kepada fakir miskin, Ibu-ibu tunggal dan juga Orang Kurang Upaya.

Program tahun ini akan dilancarkan oleh YB Senator Mustafa Kamal Yusoff (Pak Mus) di Bilik Gerakkan AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, pada 13 September 2009 jam 9.00 pagi.

Sumbangan akan disampaikan kepada 10 individu yang telah dikenal pasti di Kawasan DUN Seberang Jaya bermula dari Ampang Jajar dan akan berakhir diBandar Perda.

Sebarang sumbangan samada berupa material atau wang ringgit amatlah dialu-alukan, Jika anda sudi untuk menyumbang bolehlah menghubungi Setiausaha AMK Permatang Pauh iaitu Saudara Mahizan di talian 012-5305696

Posted in Program AMK | Leave a Comment »

Pelancaran Team Amal AMK

Posted by amkpermatangpauh on September 7, 2009

Pada 12 September 2009, bertempat di Dewan Balai Islam Jalan Tenggiri  (dibelakang Shell Seberang Jaya) ,Team Amal AMK Permatang Pauh yang dianggotai oleh seramai 50 orang anggota akan dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim secara rasminya.

Ditubuhkan dengan tujuan bagi membantu menjalankan kerja-kerja amal disekitar Parlimen Permatang Pauh, merupakan satu lagi unit beruniform dari AMK Permatang Pauh selain dari unit yang sedia ada iaitu UKP (Unit Kawalan Parlimen).

Keanggotaan adalah terbuka kepada semua ahli-ahli PKR Permatang Pauh yang berumur dibawah 35 tahun.

Jika anda berminat untuk menyertai Team ini sila hubungi Ketua AMK Permatang Pauh iaitu Saudara Amir Ghazali di No. Berikut 013-584 4836.

Posted in Program AMK | Leave a Comment »