AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Chua Jui Meng sertai PKR, TOLAK PERKAUMAN, PERTAHAN PAKATAN RAKYAT

Posted by amkpermatangpauh on July 22, 2009

ChuaJuiMengBekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat dengan penegasan bahawa masa depan negara bakal dibentuk oleh parti-parti seperti KEADILAN yang membela semua bangsa dan bukan lagi oleh parti-parti perkauman dalam Barisan Nasional.

Beliau juga berkata keputusannya didorong oleh keinginan mempertahankan Pakatan Rakyat daripada asakan BN yang memperalatkan institusi-institusi awam seperti polis dan SPRM serta media bagi memusnahkan sistem dwi-parti negara yang semakin diterima oleh rakyat.

“Hari ini saya menyertai sebuah parti pelbagai kaum. Inilah parti untuk memacu negara melangkah ke depan,” kata Chua kepada hampir 2,000 orang pada satu forum di Bandar Sunway Sabtu lalu. Turut hadir ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai seorang Cina yang berpengalaman luas dalam parti satu kaum, saya boleh nyatakan dengan penuh keyakinan, parti sedemikian hanya akan berpusing pada takuk sama dan pusingan itu semakin kecil dengan peredaran masa.

Tidak ada masa depan lagi untuk kaum China dalam parti satu kaum. Kita harus berdiri sebarisan dengan kaum Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain untuk membawa pembaharuan di negara ini,” kata Chua disambut tepukan gemuruh dan laungan reformasi.

Chua berkata beliau sedar keputusannya menganggotai PKR akan mendedahkannya kepada pelbagai dugaan, “namun saya yakin saya berada di pihak yang benar dengan membuat keputusan ini.”

Beliau menyertai KEADILAN setelah hampir tiga dekad besama MCA dan menjadi Ahli Parlimen untuk lima penggal dan Menteri Kesihatan selama 10 tahun.

Tokoh veteran ini menyertai Pakatan Rakyat ketika pemimpin-pemimpin gagasan itu ditekan hebat dengan siasatan berpilih polis dan SPRM, pendakwaan atas bukti rekacipta oleh Peguam Negara dan rampasan kuasa di Perak serta cubaan terbaru menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Chua melihat semua ini sebagai agenda BN untuk melumpuhkan sistem dwi-parti yang memberi pengundi peluang menolak politik rasuah BN kerana wujudnya Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa.

Menurut Chua “Sistem dwi-parti menjadi cabaran dan ancaman besar kepada penguasa di negara ini khasnya Umno. Oleh kerana itu sistem ini mahu dihapuskan. Mesti ada dua barisan di negara kita,” kata Chua.

Chua berkata sistem dwi-parti adalah cara terbaik memastikan wujudnya mekanisme timbangtara supaya tidak ada salah-guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam sebuah demokrasi.

“Oleh itu apabila saya melihat ada ancaman dan serangan luar terhadap Pakatan Rakyat saya merasa saya perlu membantu.  Sistem dwi parti adalah sangat mustahak bagi rakyat jelata,  tidak kira apa bangsa tetapi sekarang sistem dua parti dicabar. “Saya berharap semua rakyat malaysia yang cinta kepada keadilan perlu bantu Pakatan Rakyat pada masa genting ini.”

Chua berkata PRU ke-12 memperlihatkan kesungguhan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan sejati apabila memberikan Pakatan Rakyat 52 peratus daripada jumlah undi di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock – setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang dan menegakkan keadilan serta membebaskan institusi awam daripada cengkaman Umno-BN.

Turut menyertai KEADILAN bersama beliau ialah bekas senator, Datuk David Yeoh Eng Hock dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Yap Yit Thong.

Sumber : Suara Keadilan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: