AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for July 10th, 2009

Polis Arah Bilik Gerakan PKR Ditutup, Bendera Diturunkan.

Posted by amkpermatangpauh on July 10, 2009

20090710134038_saifudinKetua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.

Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik. ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.

Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

“Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan  mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,”katanya pada sidang media di Markas Pas.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | 1 Comment »