Buat julung kalinya dengan bertemakan
Archive for July 2nd, 2009
Konvensyen AMK Permatang Pauh.
Posted by amkpermatangpauh on July 2, 2009
Posted in Aktiviti, Program AMK | Leave a Comment »
Mahkamah Rayuan tolak permohonan DSAI
Posted by amkpermatangpauh on July 2, 2009
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Mahkamah Rayuan menolak rayuan bersabit permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan keputusan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim hari ini menyampaikan keputusan lisan itu , meluluskan permohonan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.Perbicaraan tersebut akan dimulakan di Mahkamah Tinggi mulai 8 Julai.
Gani, telah membuat permohonan berkenaan walaupun beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes itu
Posted in Berita, Tuduhan liwat | Leave a Comment »
Gobala terima SMS ugut bunuh
Posted by amkpermatangpauh on July 2, 2009
“Saya diugut bunuh,” kata Ahli Parlimen N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dalam satu sidang akhbar tergempar di Parlimen hari ini.
Menurut Pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu, beliau menerima ugutan bunuh melalui dua sistem pesanan ringkas (SMS) pada jam 12.47 pagi dan 6.48 pagi tadi.
“Saya diugut bunuh melalui satu sms dan satu lagi sms supaya saya tidak membuat laporan polis mengenai ugutan itu,” kata N Gobalakrishnan.Penghantar sms itu mendakwa mengetahui nombor plat kereta rasmi dan berkata Gobalakrishnan akan menerima nasib yang sama seperti bekas Adun Lunas, Joe Fernandez.
Joe Fernandez mati ditembak penjenayah ketika memandu pada November 2002.
“Saya mahu polis siasat dan ambil tindakan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingi berlaku dan juga jaminan dari polis untuk keselamatan saya dan keluarga saya,” kata Gobalakrishnan.
Polis hadir ke Parlimen untuk mengambil laporan dari Gobalakrishnan.
Sumber : TVAntara
Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »