Konvensyen 2009, Part 2
Posted by amkpermatangpauh on July 22, 2009
Pengerusi Majlis merangkap Ketua Penerangan AMK Cabang Permatang Pauh, Mohd Shukri PJK, memulakan sessi pembentangan usul selepas majlis minum petang selesai.
Usul yang pertama dengan tajuk ” Pengagihan Ekonomi yang lebih adil antara semua kaum di Pulau Pinang” telah dibentangkan oleh wakil dari AMK Ranting Penanti, saudara Mohd Shahir.
Wakil dari AMK Ranting Seberang Jaya membentangkan usul bertajuk ” Setinggan, Tanah Wakaf, Perumahan dan juga Rumah Ibadat”.
Saudari Salinawati Binti Jaafar mewakili AMK Wanita Cabang Permatang Pauh membentangkan usul yang bertajuk “Pembangunan Wanita dan Harapan Baru belia Pulau Pinang”.
Usul yang bertajuk ” Menggerakkan pembaharuan dasar dan polisi dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang” telah dibentangkan oleh Saudara Iskandar Bin Saberi wakil dari AMK Ranting Permatang Pasir.
‘Mengeratkan kerjasama antara Pakatan Rakyat” Tajuk usul terakhir yang telah dibentangkan oleh Saudara Azrulhisham Bin Abd. Hamid mewakili AMK Cabang Permatang Pauh.
Penggulungan usul dan juga pembentangan resolusi oleh Saudara Mohd Shukeri PJK selaku Pengerusi Majlis dan juga Ketua Penerangan AMK Cabang Permatang Pauh..
Ucapan terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan Konvensyen oleh Saudara Afzal Khan Bin Ahmad selaku Pengarah Program dan juga Timbalan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh..
Ketibaan YB Dr. Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang disambut oleh saudara Afzal Khan.
Ucapan penutupan majlis oleh TKM1 Pulau Pinang, YB Dr. Mansor Othman.
Dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua AMK dan juga Timbalan Ketua Cabang, Resolusi yang telah dibentangkan diserahkan oleh Saudara Amir Ghazali Ketua AMK Cabang Permatang Pauh kepada TKM1 Pulau Pinang Dr. Mansor Othman untuk dipertimbangkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sebahagian dari para peserta Konvensyen AMK Cabang Permatang Pauh 2009 bergambar kenangan dengan TKM1 Pulau Pinang Dr. Mansor Othman sebaik Konvensyen ditutup dengan rasminya..
Aku dan TKM1….
Konvensyen yang disertai oleh perwakilan dari setiap ranting yang ada telah berakhir dengan jayanya pada pukul 6.00 petang, 19 Julai 2009.
This entry was posted on July 22, 2009 at 1:00 am and is filed under Gambar, Program AMK. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply