AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for July 7th, 2009

Keadilan Akan Bantu Kemenangan PAS

Posted by amkpermatangpauh on July 7, 2009

20090707190645_azmin ali

Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata parti itu telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan jenteranya di tiga daerah mengundi dalam kawasan DUN Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil itu.

“Kita akan membantu untuk memastikan pengundi Manek Urai yang menetap di luar daerah termasuk di Kuala Lumpur yang berjumlah hampir 1,700 orang pulang mengundi. Kita akan cuba hubungi seramai yang mungkin untuk mengundi pada 14 Julai nanti,” katanya.

Menurutnya, selain isu di peringkat negeri yang memerlukan kepimpinan telus dan bertanggungjawab, di peringkat nasional seperti isu royalti minyak di Kelantan yang telah berlarutan sejak sekian lama.

“Di manakah komitmen Perdana Menteri tentang soal 1Malaysia apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya membongkar penyelewengan di mana royalti minyak untuk rakyat Kelantan tidak pernah dibayar. Sekiranya royalti ini dibayar sudah tentulah Kelantan akan jauh lebih maju dan boleh dibangunkan,” katanya.

Justeru itu katanya, PR akan memberikan kesedaran kepada rakyat di Manek Urai bukan sekadar mengekalkan kemenangan tetapi memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan dan menuntut kerajaan menunaikan janji sepertimana yang dilaungkan melalui konsep 1Malaysia dan pembaharuan yang ingin dilakukan.

Sumber : TVAntara

Posted in Berita, Politik | 1 Comment »

Penyelewengan Khir Toyo, PKFZ Dilapor Ke SPRM

Posted by amkpermatangpauh on July 7, 2009

20090707165622_nazree yunusSetelah sekian lama berdiam diri disebalik pelbagai pertuduhan rasuah yang terpalit pada pemimpin-pemimpin politik Umno-BN, Gerakan Rakyat Integriti dan Ant-Korupsi (Gerak) mula bertindak.

Hari ini. Gerak memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung kontroversi rumah agam mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Pengerusinya, Mohd Nazree Yunus berkata Gerak menggesa SPRM menyiasat rumah agam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam itu. Laporan berkenaan diserahkan kepada pengawai penyiasat SPRM jam 10.40 pagi tadi.“Boleh lihat di laman web mengenai perkara ini termasuk akhbar yang mengeluarkan mengenai kontroversi rumah Khir Toyo dan kita minta pemerhatian daripada SPRM,”

Rumah Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam dibina di atas dua lot tanah berkeluasan 52,041 kaki persegi mencetuskan kontroversi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim, mendedahkan bahawa kos keseluruhan binaanya sebanyak RM24juta.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Politik | Leave a Comment »