AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Pindaan belum diperakui RoS, ‘dilema’ PKR tangguh pemilihan

Posted by amkpermatangpauh on January 28, 2010

Oleh G. Manimaran dan Syed Jaymal Zahiid

PETALING JAYA, Jan 28 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) “khuatir” kemungkinan tidak dapat mengadakan pemilihan pucuk pusat Mei ini mengikut peruntukan baru – dipilih secara langsung oleh setiap ahli — jika pindaan perlembagaan tidak diperakui Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Parti itu masih belum memperoleh perakuan RoS berhubung perlembagaan baru diluluskan Jun lalu.

Justeru, pemilihan pelbagai peringkat termasuk pusat, yang dijadual untuk Mei ini, kemungkinan terpaksa ditangguhkan sehingga hujung tahun ini.

Mengikut perancangan PKR, lebih 180 bahagian dijadual untuk mengadakan mesyuarat mulai Mac dan disusuli dengan kongres dua bulan kemudian.

Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Fuziah Salleh berkata jika pihaknya tidak mendapat kelulusan dalam waktu terdekat ini kemungkinan hanya akan dapat mengadakan kongres tahunan tanpa pemilihan Mei ini.

Jika keadaan itu berlaku PKR terpaksa mengadakan satu lagi kongres khusus untuk mengadakan pemilihan hujung tahun ini.

“Jika tiada kelulusan (perakuan) RoS, pemilihan kemungkinan ditangguhkan sehingga penghujung tahun, bermakna terpaksa mengadakan satu lagi kongres bersama pemilihan pada hujung tahun.

“Kalau boleh kami hendak mengelakkan keadaan itu, kerja dua kali,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sempena pelantikannya sebagai pengarah pilihan raya.

Ahli Parlimen Kuantan ini menambah PKR mahu mengadakan pemilihan di semua peringkat menggunakan peruntukan baru yang telah dipinda.

“Pemilihan mengikut sistem baru ini harus melibatkan semua peringkat… kita tidak mengadakan pemilihan untuk peringkat pusat mengikut kaedah baru manakala bahagian mengikut cara lama… tidak boleh,” kata beliau.

Melalui pemilihan kali ini, Fuziah menambah pihaknya mahu mendapatkan mandat baru daripada ahli untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, beliau memberitahu pihaknya kecewa kerana seolah-olah wujud diskriminasi dalam mendapatkan perakuan RoS.”

Kelewatan dalam memperoleh kelulusan RoS ini satu diskriminasi kerana Umno yang membuat pindaan kemudian (pada Oktober lalu) sudah mendapat kelulusan RoS, tetapi kami belum lagi.

“Kami tidak lemah semangat tetapi kami hendak mengelakkan kerja dua kali dengan mengadakan kongres pusat dua kali (Mei dan hujung tahun),” katanya.

Beliau memberitahu pihaknya akan menemui RoS minggu ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Di bawah pindaan perlembagaan yang diluluskan 8 Jun lalu, seramai 300,000 ahlinya akan memilih barisan kepimpinan pusat secara langsung.

Selain itu, PKR akan mengehadkan presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum tiga penggal selama sembilan tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang diperhalusi kongres khas tahun lalu.

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi presiden parti.

Di bawah sistem baru itu pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah naib presiden daripada lima kepada tujuh orang iaitu empat dipilih dan tiga dilantik.

Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Selain itu pindaan perlembagan juga membolehkan bahagian akan dikenali sebagai cabang manakala cawangan-cawangan pula sebagai ranting.

Selain itu PKR juga akan menukar nama Majlis Pimpinan Tertinggi kepada Majlis Pimpinan Pusat.

Dalam pada itu Fuziah, dipercayai wanita pertama memegang jawatan pengarah pilihan raya PKR berkata, beliau hanya akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan naib presiden jika dicalonkan.

Bagaimanapun kata Fuziah beliau tidak akan berkempen atau melobi untuk dicalonkan merebut kerusi tersebut.

“Jika ada sokongan dan pencalonan, saya akan bertanding. Tetapi saya tidak akan berkempen agar saya dicalonkan,” kata beliau yang menyertai PKR sejak ia ditubuhkan lebih sedekad lalu.

The Malaysian Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: