AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR arah Zulklifi ‘tutup mulut’

Posted by amkpermatangpauh on January 27, 2010

Ahli parlimen kontroversi PKR, Zulkifli Noordin telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu bagi menentukan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya berhubung tindakannya membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.

Menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution sementara menunggu jawatankuasa disiplin bermesyuarat, Zulklifli dilarang bercadang kepada media.

Sebelum ini, ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu mendakwa “firaun’ kecil” kini menyalak menuntut “kepalanya dipenggal.”

Keputusan “tutup mulut” itu dibuat oleh biro politik parti itu yang bermesyuarat tengahari tadi.

Mesyuarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.

Zulklifli bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu.

Tindakan ‘tutup mulut’ itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kelantangannya yang dianggap membelakangkan parti.

Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpakasa dibatalkan.

November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: