AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Pemuda PKR, Gerak cabar SPRM tetap dedah aduan rasuah

Posted by amkpermatangpauh on January 14, 2010

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 14 — Shamsul Iskandar Mohd. Akin, ketua Angkatan Muda Keadilan, antara pemimpin politik yang tidak asing bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) sepanjang tahun lalu, mencabar agensi itu yang beliau akan terus memaklumkan setiap aduan kes rasuah kepada media demi kepentingan umum.

“Saya tetap akan terus membuat laporan khususnya yang berkaitan dengan pemimpin Umno dan kerajaan di SPRM dan memaklumkan kepada media selepas ini… saya akan terus buat apa yang saya buat selama ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed memberi amaran pengadu dan media tidak boleh mendedahkan laporan berkaitan kes-kes rasuah yang dibuat kepada SPRM.

Ini termasuklah kes-kes yang sedang disiasat oleh agensi itu.

“Kita mahu berlaku adil kepada mereka yang dituduh,” kata Abu Kassim.

“Apabila kita bercakap mengenai keadilan, keadilan harus untuk semua iaitu mereka yang sedang disiasat dan mereka yang membuat aduan,” kata beliau sambil menegaskan pihaknya akan menguatkuasakan Seksyen 29(4) Akta SPRM yang melarang pendedahan maklumat mengenai kes-kes yang diadu kepada suruahnjaya itu.

Jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dihukum penjara dua tahun dan denda RM100,000.

Dalam pertemuan pertama dengan media selepas dilantik menerajui SPRM, Abu Kassim menjelaskan larangan baru ini dirasakan perlu bagi memastikan elemen kerahsiaan dan kejutan dipelihara dalam proses siasatan yang dijalankan.

Antara kes yang pernah dilaporkan oleh Shamsul Iskandar kepada SPRM tahun lalu ialah berkaitan dengan rakaman temu ramah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu.

Ia berkaitan dengan pendedahan rakaman temu bual dengan Balasubramaniam di luar negara akhir tahun lalu.

Malah, awal tahun lalu Shamsul Iskandar menjadi perhatian dengan tindakannya menghadiahkan lembu secara simbolik kepada SPRM Selangor berhubung siasatan membabitkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain itu, beliau juga pernah membuat aduan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung kes politik wang menjelang pemilihan Umno.

Shamsul Iskandar dipercayai telah membuat lebih 10 aduan kepada SPRM sepanjang tahun lalu.

“Kenapa SPRM harus memberi tumpuan pada isu-isu pecisan macam ini… rakyat mahukan ketua pesuruhjaya SPRM yang baru ini berani membuat perubahan untuk membawa kekuatan untuk mendakwa jerung… sehingga rakyat masih tertanya-tanya apa sudah terjadi dengan 18 kes besar, kes VIP yang sampai sekarang tidak maklum balas.

“Itu yang patut dilakukan, bukannya mengugut wartawan, pengadu… ini tidak akan langsung membantu imej SPRM,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyambut baik cadangan SPRM yang mahu mengkaji syor untuk mendedahkan hasil siasatan melibatkan kes-kes berprofil tinggi dan orang kenamaan.

“Jika itu, kami mengalu-alukan… tetapi saya hairan mengapa hendak menghalang media dan pengadu daripada melaporkan kes yang diadu kepada SPRM.

“Sebagai contoh dalam kes-kes yang saya mengadu kepada SPRM, saya hanya memberikan maklumat asas kepada media, bukannya butiran terperinci… jadi mengapa kata ia mengganggu hasil siasatan,” katanya.

Dalam pada itu Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) Mohd Nazree Mohd Yunus yang sepanjang tahun lalu telah membuat 13 hingga 15 aduan SPRM berkata, pihaknya kecewa dengan dasar suruhanjaya itu yang mahu menguatkuasakan peruntukan baru ini.

“Kita kecewa tentang syarat baru ini,” kata beliau yang tetap akan menemui media selepas ini apabila ada aduan dibuat di SPRM.

“Rasuah adalah satu jenayah luar biasa, yang perlu ditangani secara luar biasa… dalam erti kata lain dalam melawan jenayah rasuah, SPRM perlu akur bahawa peranan media adalah penting.

“Ada kes, contohnya kes skandal PKFZ telah menyaksikan tindakan diambil dengan cepat kerana ada pendedahan dan laporan media dan dikenakan tuduhan di mahkamah,” katanya.

Oleh itu kata beliau, Gerak berharap SPRM akan mengkaji semula dasar baru ini supaya media dan pengadu boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kes-kes rasuah di negara ini.

Katanya, jika SPRM berpandangan bahawa pengadu dan media menjejaskan perjalanan siasatan sesuatu kes, maka suruhanjaya itu perlu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad pula berkata, larangan yang hendak dikenakan oleh SPRM merupakan perkara kedua.

Sebaliknya tegas beliau apa yang perlu diselesaikan oleh SPRM ialah isu fundamental iaitu menunjukkan ia benar-benar bebas dalam mengendalikan fungsi dan tanggungjawabnya.

“Pada saya SPRM mesti bebas dan dilihat sebagai badan yang bebas dengan menjalankan siasatan dan memaklumkan hasil siasatan,” kata beliau yang berpendirian bahawa media juga mempunyai kod etika tidak mengaibkan mereka yang diadu amalkan rasuah.

“Media juga kena jaga etika, antaranya tidak memfitnah mereka yang dikaitkan dalam aduan kes rasuah,” katanya.

The Malaysian Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: