AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Siapa Saifuddin Nasution?

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

Mari kita kenali siapa sebenarnya Saifuddin Nasution yang bari dilantik sebagai Setiausaha Agong PKR.

Nama : Saifuddin Nasution Bin Ismail
Umur : 36 tahun
Status Perkahwinan : Berkahwin dengan memperolehi 4 orang anak
Pekerjaan : Ahli Politik dan Perniagaan

Latarbelakang Pendidikan : Sarjana Muda Sains (Pertanian) UPM

Jawatan Politik:
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Nasional Ketua Penerangan Badan Perhubungan Negeri Kedah
Timbalan Ketua Parti KeADILan Nasional Bahagian Padang Serai

Pengalaman Lain :
Bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Bekas Setiausaha Politik Menteri Undang-undang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan
Bekas Pengurus BMR Estate, Kulim.
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UPM.

Lain-lain :
Salah seorang pemimpin muda Gerakan reformasi yang lantang dan berani menyuarakan pelbagai isu-isu yang menindas rakyat, tokoh muda yang popular sama ada semasa di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dahulu mahupun ketika memimpin perjuangan menggerakkan reformasi melalui wadah parti KeADILan kerana keberanian, kelantangan, kehebatan berhujah serta kemampuan untuk mengutarakan pelbagai isu serta penyelewengan kerajaan yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional yang mencengkam rakyat.

Sebelum bergiat aktif di dalam politik, beliau adalah seorang tokoh pimpinan mahasiswa yang lantang menyuarakan pelbagai isu mahasiswa dan rakyat desa yang sering ditindas dan ditinggalkan di dalam arus pembangunan yang hanya mementingkan segelintir kelompok yang dekat dengan pemerintah.

Selepas meninggalkan kampus, beliau terus aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di desa dengan menggerakkan pelbagai program yang melibatkan penyertaan masyarakat di desa sebelum ditawarkan untuk bergiat aktif dan mencurahkan khidmat di dalam gerakan politik di bawah payung UMNO.

Bertindak berani meninggalkan UMNO setelah isu kezaliman, fitnah dan konspirasi politik yang ditimpakan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, walaupun sering disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh muda pemimpin pelapis yang sangat berwibawa untuk memimpin UMNO suatu masa dahulu. Tindakan beliau meninggalkan UMNO untuk memimpin gerakan rakyat menuntut Reformasi dan Keadilan menyebabkan beliau dilabel sebagai penderhaka kepada Dr. Mahathir.

Beliau adalah tokoh muda gerakan reformasi yang diharapkan akan membawa banyak perubahan dan mewarnai Parlimen dengan mengenengahkan pelbagai isu-isu rakyat bawahan yang cukup dekat dengan hati dan jiwa perjuangan beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: