AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

KENYATAAN MEDIA : Isu Jeff Ooi memperkecilkan keupayaan Ahli Majlis yang dilantik PKR

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
KENYATAAN MEDIA

10 Januari 2010
Isu : Jeff Ooi memperkecilkan keupayaan Ahli Majlis yang dilantik PKR

Dalam satu kenyataan yang telah disiarkan oleh The Star pada 8Hb Jan. yang lalu. Jeff Ooi telah menafikan dan memperkecilkan kebolehan dan kemampuan dalam menjalankan tugas bekas Ahli Majlis MPPP dari PKR iaitu Tuan Haji Razali dan Saudara Bakhtiar dengan mengatakan mereka tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik oleh kerana itu tempoh perkhidmatan mereka tidak disambung atau ditamatkan. Beliau berasa bangga dengan keputusan PKR tersebut kerana baginya mereka ini umpama duri dalam daging Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


1.      Disini Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Jeff Ooi yang juga merupakan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah memperkecilkan prestasi kedua-dua bekas Ahli Majlis tersebut.
 
2.      Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang juga merasakan adalah sesuatu yang tidak wajar bagi seorang Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan pendapat yang kurang proffesional dan lebih mencerminkan permusuhan peribadi antara mereka.
 
3.      Kenyataan dangkal dan bodoh yang telah dikeluarkan oleh beliau tersebut boleh mencalarkan nama baik Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, yang sekarang ini amat dihormati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang sendiri. Ini kerana Jeff Ooi adalah seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Ketua Menteri . Kenyataan dari beliau itu mungkin disalah tafsirkan sebagai pendapat Ketua Menteri sendiri dan ini akan mengundang persepsi yang buruk terhadap Ketua Menteri.
 
4.      Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memberi amaran keras kepada beliau agar jangan mencampuri urusan lantikan daripada pihak Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, tambahan pula kedua-dua bekas Ahli Majlis tersebut telah diakui oleh Parti sebagai pegawai yang komited dalam menjalankan tugas dan menunjukkan prestasi yang amat baik. Sebab perkhidmatan mereka tidak disambung adalah bagi menghormati permintaan mereka sendiri yang mahu berundur untuk memberikan penumpuan terhadap Parti dan Kerjaya mereka.
 
5.      Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menasihati Saudara Jeff Ooi supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dan mengundang persepsi negatif dari kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
6.      Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang juga ingin menasihati Saudara Jeff Ooi agar jangan mencampuri hal-hal dalaman parti-parti lain yang membentuk Pakatan Rakyat dan hormatilah sebarang keputusan yang telah dibuat oleh mereka.
 
Rakyat Pulau Pinang umumnya telah sedia maklum tentang isu lama yang telah dibangkitkan oleh Saudara Jeff Ooi yang telah menguris perasaan umat Islam dan NGO-NGO belum lagi dapat diselesaikan, sekarang tanpa mengetahui hakikat sebenar beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang pula.
 
 
Amir Bin Haji Ghazali
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: