AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for January 11th, 2010

KENYATAAN MEDIA : Isu Jeff Ooi memperkecilkan keupayaan Ahli Majlis yang dilantik PKR

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
KENYATAAN MEDIA

10 Januari 2010
Isu : Jeff Ooi memperkecilkan keupayaan Ahli Majlis yang dilantik PKR

Dalam satu kenyataan yang telah disiarkan oleh The Star pada 8Hb Jan. yang lalu. Jeff Ooi telah menafikan dan memperkecilkan kebolehan dan kemampuan dalam menjalankan tugas bekas Ahli Majlis MPPP dari PKR iaitu Tuan Haji Razali dan Saudara Bakhtiar dengan mengatakan mereka tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik oleh kerana itu tempoh perkhidmatan mereka tidak disambung atau ditamatkan. Beliau berasa bangga dengan keputusan PKR tersebut kerana baginya mereka ini umpama duri dalam daging Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Read the rest of this entry »

Posted in AMK, Kenyataan Akhbar | Leave a Comment »

Syed Husin undur timbalan presiden.

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 11 — Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini dilantik sebagai senator selepas lima dekad menceburi politik, sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan “sengit” apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Ia juga dijangka akan membawa kepada perubahan besar dalam barisan kepimpinan parti itu menjelang pilihan raya umum ke-13.

PKR, pertengahan tahun ini telah meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan secara langsung melibatkan akar umbi.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PKR | Leave a Comment »

Saifuddin: Saya hanya ‘askar setia’ PKR, fokus 3 aspek

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 10 — Saifuddin Nasution Ismail, yang dilantik sebagai setiausaha agung yang baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggariskan tiga keutamaan beliau apabila mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Salehuddin Hashim mulai 1 Feb ini.

Dalam reaksi awal kepada The Malaysian Insider, Saifuddin Nasution yang menganggap pelantikan ini sebagai sesuatu yang memang mengejutkan beliau, menyifatkan keputusan terbaru pucuk kepimpinan sebagai “satu kesinambungan tugasan” daripada Salehuddin yang secara rasmi akan berundur 31 Jan.

“Yang pertama ini (pelantikan) adalah satu penerusan tugas yang telah diletakkan asas yang baik oleh setiausaha agung semasa (Salehuddin),” kata beliau ketika dihubungi tengah hari tadi.

“Saya akan menggunakan pengalaman lebih dua dekad dalam pengurusan parti politik untuk mencapai matlamat keperluan penerusan tugas,” kata beliau.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PKR | Leave a Comment »

Siapa Saifuddin Nasution?

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

Mari kita kenali siapa sebenarnya Saifuddin Nasution yang bari dilantik sebagai Setiausaha Agong PKR.

Nama : Saifuddin Nasution Bin Ismail
Umur : 36 tahun
Status Perkahwinan : Berkahwin dengan memperolehi 4 orang anak
Pekerjaan : Ahli Politik dan Perniagaan

Latarbelakang Pendidikan : Sarjana Muda Sains (Pertanian) UPM

Jawatan Politik:
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan Nasional Ketua Penerangan Badan Perhubungan Negeri Kedah
Timbalan Ketua Parti KeADILan Nasional Bahagian Padang Serai

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PKR | Leave a Comment »

Saifudin is new PKR sec-gen .

Posted by amkpermatangpauh on January 11, 2010

KUALA LUMPUR, Jan 9 — Parti Keadilan Rakyat (PRK) has appointed Saifudin Nasution as its new secretary-general, replacing Datuk Salehudin Hashim.

Salehuddin told The Malaysian Insider tonight that Saifudin’s appointment takes effect on Feb 1.

Saifudin (in picture) is currently PKR’s elections strategy director. He has been a close aide and confidante of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim since they were together in Umno.

His appointment follows the resignation of Salehuddin, who says he is quitting politics but would remain a member of the party.

On Thursday, Salehuddin quit as PKR secretary-general, following months of speculation surrounding his rumoured rift with some party leaders, including Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, PKR | Leave a Comment »