AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PENJELASAN MENGENAI ISU KALIMAH “ALLAH

Posted by amkpermatangpauh on January 6, 2010

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”  sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini. 

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa  manusia  memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud: 
“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa  penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan.  Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai.  Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan  firman Allah:
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64). 

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46). 

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
05 Januari 2010

Advertisements

3 Responses to “PENJELASAN MENGENAI ISU KALIMAH “ALLAH”

  1. hamba allah.. said

    HANCUR KEADILAN!!!!!

  2. haza said

    Elok ler tu, pasni moh ler pakat reramai g gereja sembahyang. kat sane pun sembah Allah gak. Pi kena ingat dulu, pasang niat dalam hati Allah tu Maha esa. Bagi yang lupa nak g sembahyang jumaat, atau tertinggal, lehler datang ke gereja pagi Ahad, leh dapat Rm50. Diingatkan sekali lagi, pasang niat dalam hati. Allah tu Maha Asa. takda anak takda bini. pastu 2 tiga bulan lagi, tunggu ler bala yang akan Allah SWT turunkan macam terjadi kat Indon tu. Entahler hemmm… Pakatan Sekular….

  3. Aizuddin said

    Inilah yg berlaku bila kerajaan tidak mengambil berat pasal agama. maksiat berleluasa tanpa sekatan dan pihak lain mengambil kesempatan. tepuk dada, tanya selera. apa yg kerajaan telah buat selama ini utk agama islam, adakah semakin maju atau mundur?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: