AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

PKR Pahang gerak Gelombang Oren hadapi PRU-13

Posted by amkpermatangpauh on December 25, 2009

PETALING JAYA, Dis 25 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyambut tahun baru 2010 dengan melancarkan gerakan revolusi — Gelombang Oren bagi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13.

Ia akan dimulakan di Pahang dijadikan sebagai negeri asas, kata Timbalan Pengerusi PKR negeri Azan Ismail.

“Kami akan melancarkan dengan menyambut tahun 2010 minggu depan,” katanya.

“Gagasan revolusi oren bukanlah sesuatu yang khusus untuk negara Ukraine (yang pernah gunakannya), revolusi oren adalah konsep yang sesuai untuk semua perjuangan politik dalam kerangka demokrasi.

“Di Malaysia, revolusi oren patut dilancarkan sekarang dengan tema kebangkitan anak muda,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ekoran pelbagai kejadian sejak kebelakangan ini, nampaknya rakyat khususnya generasi masih tidur. Kita hendak mencetuskan kebangkitan baru di kalangan mereka… kita tidak perlukan slogan lagi, slogan tidak akan memberi kesan, kita mahu simbol dan gerakan baru… ini akan dinamakan Gelombang Oren,” katanya.

Idea mengenai keperluan Gelombang Oren dibangkitkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap pada konvesyen sulung Pakatan Rakyat (PR) di Shah Alam, Sabtu lalu.

Kata Shamsul Iskandar, pihaknya berharap PR akan menggunakan gerakan itu bagi memperkuatkan kedudukannya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau mahu warna oren dijadikan warga rasmi PR apabila didaftarkan kelak.

Keanggotaan PR terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Mengenai pemilihan Pahang, Azan menjelaskan, ia sangat sesuai untuk menyuntik semangat di kalangan rakyat negeri itu berbanding negeri-negeri lain.

Azan menambah ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas Pahang.

Oleh itu beliau menyeru anak-anak muda agar bangkit memulakan revolusi oren dengan meletak pilihan raya umum ke-13 sebagai sasaran terakhir.

Ditanya mengenai warna oren, Azan menjelaskan, oren adalah warna yang dekat dengan anak muda dan warna yang segar.

“Analisis saya terhadap kemenangan saya di Indera Mahkota, didapati hampir 70 peratus penyumbang kemenangan adalah anak muda. Maka wajarlah anak muda yang menjadi fokusnya untuk menggerakkan gagasan revolusi oren ini,” katanya.

TheMalaysianInsider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: