AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Pemimpin AMK ditahan edar risalah kes liwat Anwar dibebas

Posted by amkpermatangpauh on December 25, 2009

KUALA LUMPUR, Dis 25 — Dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan pula ditahan hari ini kerana mengedarkan risalah tanpa permit mendesak Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun mereka dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira lima jam disiasat di Balai Polis Rahang.

Daripada dua pemimpin AMK yang ditahan hari ini, seorang merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan iaitu Arifin @Robin Birham.
Kedua-dua mereka ditahan di pekarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan selepas solat Jumaat tadi.

Jumaat lalu, dua pemimpin kanan AMK ditahan polis atas kesalaham yang sama di pekarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

Mereka disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Terdahulu ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin, dari Negeri Sembilan ketika dihubungi berkata mereka ditahan ketika mengedarkan risalah berkaitan dengan kes Anwar.

“Mereka sedang diambil keterangan, kami dimaklumkan polis bahawa kemungkinan mereka akan dibebaskan hari ini,” katanya.

Kata beliau, polis juga memaklumkan siasatan diteruskan dan perlu hadir di balai polis kemudian.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

AMK kini sedang mengadakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara berhubung isu semasa termasuk kes liwat Anwar.

Ia mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Anwar, serentak dengan kes di mahkamah sivil.

TheMalaysianInsider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: