AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

2 pemimpin AMK ditahan edar risalah kes liwat

Posted by amkpermatangpauh on December 19, 2009

PETALING JAYA, Dis 18 — Dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis selepas sembahyang Jumaat hari ini kerana mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di kawasan Majlis Negeri Shah Alam.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, kedua-dua mereka ditahan kira-kira 2.30 petang tadi kerana didakwa mengedarkan risalah tanpa permit.

Mereka merupakan sebahagian daripada kira-kira 30 orang yang mengedarkan risalah di pekarangan Masjid Negeri Shah Alam.

“Mereka didakwa mengedarkan risalah yang mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah ini mendakwa wujud campur tangan pihak atasan agar kes ini dilewatkan daripada didengar,” kata Shamsul Iskandar ketika dihubungi.

Setakat 4 petang tadi kedua-dua mereka masih ditahan di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam.

“Saya difahamkan siasatan masih dijalankan, kemungkinan dikenakan tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit dan mungkin juga didakwa di bawah Akta Hasutan… belum pasti lagi,” kata beliau yang juga seorang peguam.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

AMK kini sedang mengadakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara berhubung isu semasa termasuk kes liwat Anwar.

Ia mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Anwar, serentak dengan kes di mahkamah sivil.

Dalam pada itu, polis Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Khairul Anwar dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kami merasa kesal kerana mereka ini tidak menghormati institusi masjid dengan melakukan perkara itu di kawasan yang merupakan tempat untuk beribadah selain mencemar sambutan Maal Hijrah,” kata beliau .

Menurutnya jika siasatan terhadap kedua-dua mereka tidak selesai hari ini, pihaknya akan memohon perintah tahanan reman di mahkamah esok bagi membolehkan mereka terus ditahan bagi membantu siasatan.

The Malaysian Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: