AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Kempen Umno Pengkhianat Rakyat akan dilancarkan oleh PAS

Posted by amkpermatangpauh on December 15, 2009

PETALING JAYA, Dis 15 — Jika Umno mahu melancarkan program Umno Juara rakyat, PAS pula akan mengadakan kempen Umno Pengkhianat Rakyat pada 9 Januari ini bagi membongkar segala pembohongan dan kezaliman Umno kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu dan umat Islam.

Sehubungan itu, Jentera Penerangan PAS di semua peringkat diminta bersedia untuk menggerakkan kempen ini sehingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno, kata Ketua Penerangan PAS pusat, Idris Ahmad.

Kata beliau pihaknya akan menggunakan segala kemudahan media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

“Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA,” kata beliau.

Oleh itu tambah Idris, PAS menyeru kepada semua Ketua Penerangan PAS supaya bekerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan di kubu-kubu kuat mereka pada pilihan raya umum ke-13.

“Insya-Allah Lajnah Penerangan Pas Pusat sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan Umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini,” katanya.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno akan melancarkan program raksasa “Umno Juara Rakyat” bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu.

Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga.

“Gerakan yang baru ini merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13.

Advertisements

One Response to “Kempen Umno Pengkhianat Rakyat akan dilancarkan oleh PAS”

  1. salam kenal dari saya sodara tetangga Jember, jawa timur indonesia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: