AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Sayap pemuda PKR mulakan siri 40 ceramah ‘bela’ Anwar

Posted by amkpermatangpauh on December 14, 2009

PETALING JAYA, Dis 14 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi sayap pemudanya telah memulakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara, dipercayai bagi menjelaskan kepada umum mengenai senario politik parti itu khususnya membabitkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Siri ceramah ini sudah bermula kelmarin iaitu di Alor Setar, diadakan semalam (di Kuching), hari ini dan selama 40 hari,” kata Pengarah Strategi PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Tujuan siri ceramah ini adalah untuk menjelaskan kepada ahli-ahli parti dan orang ramai tentang isu-isu semasa,” kata beliau.

Jelas beliau ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap pemuda PKR.

“Ia akan membabitkan ceramah selama 40 hari, membabitkan seluruh negara, termasuk negeri Sabah dan Sarawak sekali,” katanya.

Malam tadi ceramah telah diadakan di Kuching dan dihadiri oleh Anwar sendiri.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat, yang kedua sejak 1998.

Kes beliau dijadual untuk didengar selama sebulan mulai Jan 25.

“Adakalanya Anwar sendiri akan hadir siri ceramah ini, adakalanya tidak,” kata Chua.

Siri ceramah itu dilancarkan oleh Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Dalam ucapannya itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi, dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

“Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

“Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: