AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Rombakan Peringkat Negeri, PKR Pulau Pinang Makin Mantap

Posted by amkpermatangpauh on November 15, 2009

Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Dr. Mansor othman merombak kepimpinannya dalam usaha memperkasakan parti berkenaan.

Mansor berkata, langkah itu perlu bagi mempersiapkan parti dalam apa jua keadaan terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang.

“ Saya buat semula kabinet kepimpinan negeri ini, berdasarkan beberapa faktor, yang pertama berorentasikan kepada pilihanraya, jadi kita susun beberapa pasukan petugas khas untuk siap sediakan parti dengan lebih mantap supaya menghadapi pilihanraya akan datang dan memandang juga bukan kemelut tetapi cabaran dan serangan dari parti lawan yang semakin hebat” ujar Mansor.

Dalam rombakan berkenaan Mansor melantik dua exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menganggotai Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang yang baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Law Choo Kiang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani. Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang.

Manakala Adun Batu Maung. Abdul Malik Abul Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah dilantik sebagai Naib Pengerusi.

Mansor dalam sidang medianya berkata, beliau mahukan PKR menjadi sebuah parti yang sentiasa mengambil kira semua pihak di bawah pentadbirannya.

 

“ Yang semua rakan di sini, adalah orang Datuk seri Anwar Ibrahim. Dan apabila mereka jadi orang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka juga adalah orang saya. Jadi tidak ada, dan kalau ada pun, kita akan cuba elakkan, kita akan cuba hapuskan. Jadi ini bermakna saya cuba mewujudkan sebuah barisan kepimpinan yang inklusif dengan mengambil kira semua pihak”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: