AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Azmin nafi kuasai saham RM8 juta, dakwa serangan jijik BN

Posted by amkpermatangpauh on November 15, 2009

azmin ali lagi PETALING JAYA, Nov 14 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menolak pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, S.A Vigneswaran kononnya beliau dan isterinya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an – ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, perkembangan terbaru ini menunjukkan Barisan Nasional masih meneruskan serangan yang dimulakan terhadapnya pada 1998.

Azmin didakwa memperoleh saham-saham itu antara tahun 1992 dan 1994. Ketika itu beliau merupakan setiausaha peribadi kepada Anwar, yang merupakan Menteri Kewangan dalam tempoh tersebut.

Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vigneswaran.

“Saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk bertindak segera prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan dan melaporkan kenyataan fitnah tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, sejak 1998 beliau dan keluarganya sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga.

“Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya.

“Malahan, alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahan saya pada 16 September 1998 sehingga 22 September 1998. Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami.

“Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga,” kata beliau dalam kenyataan penafian hari ini.

Azmin memberitahu,”saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri (saya).”

Tambah beliau, kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasinya selaku Ahli Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Semalam, Vigneswaran yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia berkata, berkaitan pembelian saham mencecah RM8 juta melibatkan tiga invividu, termasuk Azmin dan isterinya pada awal 1990-an.

Vigneswaran mendakwa maklumat itu diperoleh menerusi satu dokumen yang diposkan ke rumahnya semalam.

The Malaysian Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: