AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Saya Komited Dengan PR- Zaid

Posted by amkpermatangpauh on October 21, 2009

zaidibrahim Datuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.

Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.

“Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini,” kata Zaid.

“Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat,” tambah beliau.

Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat “satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan.”

“Kita mahu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat dan sudah tentunya banyak kerja perlu dilakukan. Langkah pertama ialah konvensyen Disember dan saya melihat ia sebagai satu langkah amat penting untuk mencarta perjalanan perjuangan Pakatan seterusnya,” tambah bekas Menteri Undang-Undang itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: