AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Azmin: Pegang Teguh Kerangka Pakatan Rakyat

Posted by amkpermatangpauh on October 21, 2009

AzminAlii Pemimpin Pakatan Rakyat diminta tidak usah bercakaran sesama sendiri kerana ia boleh menghakis keyakinan rakyat, sebaliknya perlu berpegang teguh kepada kerangka besar dalam agenda perjuangan.

Naib Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, pemimpin usah menjadi watak jaguh dalam dalam mempertahan ideologi, kepentingan dan agenda peribadi hingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

Katanya, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberi peringatan kepada pimpinan supaya tidak membawa masalah ke dada media yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).

“Media Umno-BN musuh kita. Mereka mengupah ramai ‘spin doctor’ untuk memutar belit kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat. Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara semudah ini?”

“Penyelesaian terbaik adalah melalui semangat muafakat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semua peringkat,” katanya dalam blognya lewat artikel berjudul Apa Signifikan Keputusan Bagan Pinang.

Azmin berkata, Pakatan Rakyat perlu bermuhasabah dan berlapang dada walaupun suara Bagan Pinang tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tapi tidak boleh dianggap kes terpencil.

Katanya, pimpinan Pakatan Rakyat perlu memantapkan organisasi di semua peringkat dan menjelaskan dasar kepada rakyat, antaranya ekonomi, pendidikan, agama, budaya dan hubungan antarabangsa.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk membetulkan Umno-BN, sebaliknya menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan.

“Justeru, pengukuhan pentadbiran dan penambahbaikan sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, perlu. Ia menjadi produk untuk dijual pada pilihan raya umum ke-13.

“Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan masalah rakyat pasti meningkat keyakinan rakyat. Mereka, khususnya genarasi muda mahu perubahan dan membina Malaysia Baru,” katanya.

TVAntara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: