AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for October 19th, 2009

Azmin nafi ‘pergeseran’ punca Datuk Zaid bercuti

Posted by amkpermatangpauh on October 19, 2009

azminKUALA LUMPUR, 19 Okt: Dakwaan pergeseran dengan kepimpinan parti punca Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengambil ‘cuti politik’ tiada asas dan tafsiran media semata-mata.

Naib presiden PKR, Azmin Ali antara yang didakwa terlibat dalam pergeseran dengan Zaid, hari ini menafikan perkara tersebut dan berpandangan ianya sengaja dimainkan media untuk memecahbelahkan hubungan erat Pakatan Rakyat dan PKR itu sendiri.

“Siapa yang ada pergeseran, kalau tengok kenyataan Datuk Zaid, ada tak dia kaitkan saya?, tak ada. Ini tafsiran media untuk menggambarkan perpecahan dalam PR dan Keadilan,” ujarnya ketika ditemui di parlimen siang tadi.

Ujarnya, keputusan Zaid untuk bercuti selama enam bulan adalah kerana ingin memberi fokus kepada sekriteriat Pakatan Rakyat bagi menyiapakan kertas dasar untuk dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Zaid adalah anggota utama jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Isu Semasa | Leave a Comment »