AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for October 15th, 2009

Anthony: PR juga perlu berubah

Posted by amkpermatangpauh on October 15, 2009

20091014_Bagan_Pinang_TalkMenjelang pilihan raya umum ke-13, musuh Pakatan Rakyat yang terbesar ialah Pakatan Rakyat sendiri. Sekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi ‘mangsa tsunami’ dalam PRU ke-13.

“Jangan kita pula dijangkiti Denial Syndrome, hanya menyalahkan ‘taburan gula’ oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya… semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang. Mengapa kami kalah kali ini?”

Demikianlah muhasabah Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy ketika mengulas kekalahan besar PAS-PR dalam PRK Bagan Pinang, ketika menghadiri satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Antara ahli panel yang lain ialah Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini edisi bahasa Cina).

Anthony Loke yang turut aktif melibatkan diri sepanjang PRK Bagan Pinang, walaupun mengakui bahawa keputusan PRK Bagan Pinang tidak semestinya memberi gambaran senario Malaysia secara keseluruhannya, namun tetap ingin mengambil iktibar daripada kekalahan ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Analisa Politik | Leave a Comment »

AMK mahu Khairy disiasat, isytihar harta

Posted by amkpermatangpauh on October 15, 2009

shamsul-iskandar

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendesak kerajaan melalui satu badan bebas menyiasat harta-harta yang dimiliki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu ianya sebagai menyahut kesediaan Khairy yang sedia untuk disiasat berikutan dakwaan memiliki kekayaan yang sangat besar dan melampaui pendapatan beliau.

“Memandangkan terdapat kesediaan daripada Khairy sendiri untuk beliau disiasat, AMK mendesak PM Najib Razak supaya segera mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh Khairy yang sebelum ini merupakan menantu kepada Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda yang tentunya akan mendapat kelebihan politik (political advantage) daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan,” kenyataannya dipetik.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

RM 3 Bilion: UMNO BN Kitar Isu Lapuk

Posted by amkpermatangpauh on October 15, 2009

shamsul-iskandar

Pimpinan UMNO Barisan Nasional (BN) mengitar semula isu lama termasuk isu RM3 bilion bagi menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kian mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, isu pada 1999 itu telah pun dijawab Anwar ketika itu tapi dibangkitkan semula berikutan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, ia bertujuan menyerang Anwar selaku peneraju Pakatan Rakyat melalui media massa bagi menenggelam imej negatif calon BN, Tan Sri Isa Samad yang sinonim dengan politik wang.

“Umno-BN cuba mengalih perhatian rakyat dari tertumpu kepada kes rasuah Isa dengan menonjolkan Anwar, kononnya memiliki banyak wang, sedangkan ia isu lapuk dan telah dijawab Anwar,” katanya kepada Suara Keadilan.

Malah, Shamsul berkata, KEADILAN ketika itu sudah meminta kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan berkenaan tapi sehingga kini, tidak dilakukan.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

Najib melancarkan pengganti MIC.

Posted by amkpermatangpauh on October 15, 2009

Najibb

Sebuah lagi parti untuk kaum India dilancarkan dinegara ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di dewan utama Taman Pameran Agro Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor Sabtu lalu.

Najib yang juga Presiden Umno menegaskan, Parti Makkal Sakti bukan ditubuhkan atas desakan beliau.

Kini terdapat antara tujuh hingga lapan parti politik yang mendakwa mewakili masyarakat India secara langsung dan secara tidak langsung.

Ini termasuklah MIC, Barisan Progresif India Se-Malaysia (IPF), Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) dan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf), Parti Progresif India (PPP). MIC dan PPP adalah komponen BN.

Parti Makkal Sakti Malaysia diketuai oleh bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan, R.S. Thenenthiran, 47. Penubuhan parti itu turut dibantah oleh kepimpinan MIC.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | Leave a Comment »

N31 Bagan Pinang

Posted by amkpermatangpauh on October 15, 2009

Harap Maaf.. kekurangan masa tidak begitu mengizinkan untuk menerbitkan artikel yang berkaitan dengan PRK N31 Bagan Pinang..

Segala aktiviti yang berkaitan dengan PRK Bagan Pinang, sila rujuk disini..

Posted in PRK N31 Bagan Pinang | Leave a Comment »