AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Posted by amkpermatangpauh on October 1, 2009

20091001182602_musaaman Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog “Deep Throat Sabah” yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

TVAntara

Advertisements

15 Responses to “Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?”

  1. anakpahang said

    Salam amkpermatangpauh.

    Musa Aman tu orang PAS ke DAP ke atau PKR?

    Saya baru ambik borang nak jadi ahli UMNO baru tu.Kalau Musa Aman tu BUKAN UMNO nanti saya jadi ahli UMNO lah, tetapi kalau dia UMNO nampak gaya PERGI MAMPOSSS DENGAN UMNO GILA TU

  2. Kim said

    Kenapalah perkara ni dikaitkan dengan Musa Aman?
    hmmm….

  3. Asmawati said

    Pasti ada agenda tertentu hingga menyebabkan kes ini dikaitkan dgn Musa… Apapun saya berharap Musa tidak terlibat dengan perkara ini.

    p/s teruskan perjuangan Datuk 🙂

  4. Ovelyn said

    Dont be sad Datuk… I believe in you…
    Just focus on your job and help the Sabahans 🙂

  5. Oneil said

    hmm… I guess this is hot story… people keep talking about it…
    But I wonder why people keep blaming Musa???
    I dont think Musa involved in this case…
    So I hope people dont made any assumption whithout proof!

  6. Faizal said

    As sabahans we should have faith in our CM…
    He is our CM and I dont think he involved in this case…
    Maybe someone trying to bring him down… So we should support our CM 🙂

  7. Vinnci said

    Yes we don’t know who is actually behind this case! but as i know blaming on people for this will not solve the problems! Whatever it is Musa Aman is still our CM!

  8. kulou said

    As i see there’s a lot of changes made in Sabah. Since Datuk Musa Aman become the CM of Sabah, he monitor a lots of programme to developed Sabah. Based on Mid-Term Review of the Ninth Malaysia Plan (RMK-9), the poverty rate in Sabah declined to 16 percent, compared to 23.0 percent in 2004. Hardcore poverty will decline to 3.7 percent recorded for 2007 compared to 6.5 percent, in 2004. This is the Poverty Eradication Programme launch by Datuk Musa Aman. Some people may not appreciate it but i know out there must be thousand of human know to appreciate him.

  9. Erissa said

    This is a hot topic of the century! Seriously.

    Why is this being blown out of proportion?

    Blame him this and blame him that. He’s just a human ya’ll..

  10. tingau said

    Jangan percaya atau membuat kesimpulan dengan segera setelah membaca mana2 artikel. Hal ini kerana kes ini masih dalam pemerhatian dan masih disiasat. Di harap sahabat2 sekalian jangan terpengaruh dengan tuduhan2 yang tidak berasas ini.

  11. Hafiz said

    uiisey men… Tengok gambar CM ni kan… cool 🙂

  12. blingbling said

    Sejauh mana kebenaran kes ni pun sukar dinyatakan…. hmmm, mahu percaya pun susah juga, belum ada bukti…
    Serahkan sajalah perkara ni kepada pihak yang bertanggungjawab… Kita tunggu dan lihat sajalha perkembangan kes ni kio…

  13. Santa said

    Let’s hope Musa has nothing to do with this case.. We should have faith on him 🙂

  14. sumandak said

    Jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan sebarang artikel yang memburukkan Musa..
    Pandai2 la kita berfikir secara rasional dan bukan mengikut emosi…

    P/s Saya harap Datuk tidak ada kaitan dengan perkara ni…

  15. Jason said

    ada bukti sudah ka ni??? Kalau takda, lebih baik tunggu dan lihat saja la kesudahannya.
    Bukan boleh percaya 100% perkara mcm ni… hehehehe
    Apapun saya yakin CM tidak terlibat dengan kes n 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: