AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Archive for October 1st, 2009

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Posted by amkpermatangpauh on October 1, 2009

20091001182602_musaaman Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita | 15 Comments »

Sankara: Saiful Hina Mahkamah

Posted by amkpermatangpauh on October 1, 2009

Malaysia Anwar Mohd Saiful Bukhari Azlan bertindak menghina mahkamah apabila membuat tuduhan kononnya sistem perundangan negara memihak mantan timbalan perdana menteri itu, kata peguam Anwar Ibrahim.

Dalam blognya, Saiful merungut kerana Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mengemukan beberapa permohonan, antaranya bagi mendesak pihak pendakwaraya menyerahkan bukti untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaannya.

Sebagaimana yang dijangka Utusan Malaysia tajaan Umno memberi liputan meluas kepada tulisan Saiful dalam blognya itu.

Peguam Sankara Nair berkata Utusan dan Saiful sengaja mengenepikan hakikat bahawa tuduhan liwat yang dibawa terhadap Anwar adalah “karut” dan tanpa bukti.

Beliau berkata Anwar tidak ada pilihan kecuali membuat pelbagai permohonan yang difikirkan wajar bagi membela diri kerana ia termaktub dalam prinsip undang-undang negara.

“Apa yang dikatakan tidak benar kerana seseorang yang telah dituduh patut diberi apa-apa dan sebanyak boleh ruang untuk membela diri termasuk untuk membuat segala-gala permohonan yang wajar dan patut untuk membela diri,” katanya.

Read the rest of this entry »

Posted in Berita, Tuduhan keatas DSAI | 1 Comment »