AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Penubuhan Makkal Sakthi, kaum India diingatkan jangan terpedaya

Posted by amkpermatangpauh on September 29, 2009

PULAU PINANG, 29 Sept: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa mengingatkan, ahli Kelab Penyokong PAS terutamanya mayarakat India jangan terpedaya dengan cubaan Barisan Nasional (BN) mengelirukan mereka dengan penampilan parti baru ‘Makkal Sakthi’ tajaan bekas penyelaras Hindraf yang kecewa tidak diberikan peluang untuk bertanding pada pilihan raya.

Menurutnya,BN sengaja mengatur strategi untuk memadam semangat masyarakat India yang nyata menolak parti berasaskan perkauman samada MIC, Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) ataupun Parti Progresif (PPP).

Justeru itu, BN terpaksa mencipta parti baru untuk mengembelengkan tenaga masyarakat India agar memberikan kepercayaan kepada parti baru kononnya hasil perjuangan rakyat akar umbi untuk mengantikan parti perkauman India lainnya.

“Ahli Kelab Penyokong PAS kena tetapkan pendirian dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan dakyah BN yang memperkudakan parti tersebut untuk menarik kembali sokongan masyarakat India yang nyata terus semangat menyokong Pakatan Rakyat, ” tegasnya ketika dihubungi.

Tambahnya,jika benar bekas pemimpin Hindraf yang kecewa hendak memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan untuk masyarakat India mereka seharusnya memilih Pakatan Rakyat sebagai penasihat atau penaung bukan BN yang sedang menanti rebah dalam arena politik tanahair.

Agak mengejutkan sambungnya, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, penubuhan parti baru itu begitu cepat didaftarkan semata-mata untuk menampung kehendak masyarakat India yang telah kecewa dengan parti berteraskan kaum India di Malaysia.

“Jangan ambil perhatian tentang penubuhan Parti Makkal Sakhti yang ditubuhkan oleh orang yang tiada pendirian. Bersabarlah dengan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita akan mencapai kemenangan muklak nanti, ” ujar beliau lagi.

Justeru itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang berharap, semua ahli Kelab Penyokong PAS di serata negeri bersatu tanpa mengira warna kulit di samping memperbanyakan program bersama masyarakat bukan Islam.

Cara itu tambah Dr Mujahid, dapat menambah kesepaduan, kematangan dan percambahan ilmu politik di samping mendapat penjelasan isu terkini mudah-mudahan pendekatan itu memberi ketabahan dalam usaha menarik seramai mungkin mereka yang masih tercari-cari wadah perjuangan.

Katanya,anggaplah penubuhan ‘Makkal Sakhti’ tajaan mereka yang kecewa itu sebagai sebuah lubang yang besar menanti BN jatuh untuk ditimbus oleh mereka yang menanti kepincangan serta kemusnahan BN secara menyeluruh.

“Kalau boleh ditakrifkan penubuhan Makkal Sakthi sebagai lubang besar untuk menimbus BN yang hanya ada nyawa-nyawa ikan sahaja. Biar rakyat yang tentukan kelak, ” terangnya.

 

HarakahDaily.Net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: