AMK Permatang Pauh

Kalau takut dilanggar kereta.. jangan berumah ditepi jalan!!!

Kenyataan Media oleh Ketua AMK mengenai isu Undi Pos

Posted by amkpermatangpauh on September 26, 2009

samsuliskandar Angkatan Muda Keadilan Malaysia kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar bahawa sistem undi pos akan diteruskan selagi adanya peruntukan undang-undang sedemikian, sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia melihat kenyataan ini sebagai mencerminkan kedangkalan pemahaman mengenai tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir dan malah matlamat dan fungsi pilihan raya.

Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih dengan bebas, tanpa tekanan yang tidak sewajarnya wakil mereka bagi membentuk kerajaan rakyat. Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini.

Tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

Antara mereka yang tidak bermastautin ini ialah anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di medan pertempuran atau mereka yang menjalankan tugas-tugas kritikal lain semasa hari mengundi.

Sudah tentu anggota tentera yang bermastautin di dalam kem atau di dalam sesuatu bahagian pilihanraya sesama keadaan aman, apatah lagi suami atau isteri mereka tidak dimaksudkan sebagai pengundi tidak hadir oleh penggubal Perlembagaan dan undang-undang.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat kegagalan atau mungkin keengganan untuk memahami niat penggubal undang-undang ini. Prinsip yang harus dipatuhi ialah “the intention of the legislator is law”.

Tindakan memaksa pengundi dari kalangan anggota tentera dan suami atau isteri mereka menjadi pengundi tidak hadir dan menafikan hak mereka untuk mengundi sama seperti rakyat Malaysia lain mencabul Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap rakyat adalah samarata dan tidak boleh didiskriminasi atas sebarang faktor termasuk profesion mereka.

Justeru Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengajak semua pihak yang terlibat dan prihatin dengan pelaksanaan demokrasi tulen di Malaysia untuk mengadakan Forum Rakyat bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini. Forum Rakyat ini adalah penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan yang wujud bagi memastikan setiap undi adalah benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Forum Rakyat tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia, wakil Polis DiRaja Malaysia, organisasi masyarakat (NGO) dan rakyat yang prihatin.

Sudah tiba masanya proses dan sistem pilihanraya berkenaan pengundi tidak hadir dikaji semula dengan jujur dan dilakukan pindaan-pindaan perlu. Ini untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada berada di dalam keadaan serba salah dan tidak ada kebebasan untuk membuat pilihan.

Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus mempunyai persepsi bahawa pihak pemerintah UMNO-Barisan Nasional mempunyai agenda tersembunyi. Malah selama ini rakyat menganggap pengundi tidak hadir ini adalah faktor penentu yang memberikan kemenangan kepada BN di dalam pilihanraya secara tidak adil.

Persepsi wujud penipuan di dalam proses pilihanraya ini akan menjejaskan wibawa kerajaan, merosakkan amalan demokrasi sehingga boleh menyebabkan demokrasi di Malaysia menjadi demokrasi tempang dan malah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dan negara ini sendiri.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ia adalah satu pengkhianatan terhadap negara, pengkhianatan terhadap usaha gigih dan pengorbanan pengasas negara ini dan para pejuang kemerdekaan, pengkhianatan terhadap anggota keselamatan yang menggadaikan nyawa untuk keselamatan negara dan pengkhianatan kepada rakyat sendiri.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd.Akin selaku Ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Advertisements

One Response to “Kenyataan Media oleh Ketua AMK mengenai isu Undi Pos”

  1. wang lee said

    Dr.SurayaSudin tidak layak memimpin

    DR.SURAYA SUDIN TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN DAN DUDUK DALAM PARTI KEADILAN RAKYAT

    Saya adalah orang yang bertanggung jawab membawa masuk Dr.suraya kedalam Parti Keadilan Rakyat selepas beliau gagal dalam UMNO.Kini Dr.Suraya Sudin memegang jawatan Ketua Wanita dan Naib Pengerusi satu Negeri Perlis.saya merasa keciwa dan amat bersalah jika beliau berterusan dalam Parti kerana apa yang saya yakini pada beliau selama ini telah berubah.Saya salah menilai beliau sejak awal lagi.Sebelum ini saya amat yakin beliau berpolitik untuk rakyat dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang rakyat perlukan untu seorang pemimpin.Setelah hampir setahun mengatur politik beliau,saya dapati Dr.Suraya hanya seorang yang ego dan tinggi diri.Beliau berpolitik hanya untuk kepentingan diri dan sanggup buat apa saja untuk mencapai hasratnya.

    Pada pandangan saya,sebagai seorang doktor dan mempunyai Klinik sendiri,beliau seharusnya seorang doktor yang bertangung jawab dan tidak mementingkan diri dan mementingkan masyarakat.Dan yang amat membuat saya keciwa dan mengundurkan diri apabila beliau berhasrat untuk balik ke UMNO jika ada peluang dan menyuruh saya menghubungi Datin Rosmah atau Dato Najib untuk berunding bagi pihak beliau.

    Bukanlah niat saya untuk bercerita keburukan Dr.Suraya.Tapi saya mahu semua orang tau apa yang terjadi dan membuat penilaian sendiri.Sejak hampir setahun lalu saya mengurus dan terlibat dengan semua pergerakan politik atau bukan politik Dr.suraya.Semua perkara dalam pengetahuan dan kawalan saya.Setakat ini biarlah saya bercerita untuk dua perkara ini dan Insallah saya akan bercerita tentang cerita lain tentang Dr.Suraya dimasa akan datang jika ianya dapat membantu Parti.Insallah

    wang lee………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: